Selalu Membaca Buku, Pasti Lancar!
Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza berkongsi cerita.Sementara suami dan anak-anak ke sekolah, before mulakan kerja² rumah... Fiza update dulu blog dengan kisah Kak Alia, anak sulung kami.
Masa menunggu feri pun kak Alia menyempat baca buku. Layankan jelah.... |
Manfaat Selalu Membaca Buku
Dua tahun lepas Kak Alia di Prasekolah. Masuk sekolah dengan zero ilmu. Apa yang dia ada hanyalah semangat dan keseronokan nak ke sekolah. Hari² berlalu dan pelbagai peningkatan dalam pelajaran mula dia kuasai.As a parents, kami laki bini sentiasa bagi galakkan. Bantu semampu yang boleh dan beri kasih sayang secukupnya.
Alhamdulillah... Pada usia 6 tahun kak Alia dah boleh membaca. Tapi still merangkak terutamanya perkataan yang panjang. Kak Alia tak pernah give up. Selalu positif... Nampak banner, nampak tanda jalan... Semua dia eja tanpa disuruh.
Selain tu jugak, apa yang Fiza perasan... Tiap kali ke mall, benda yang dia cari adalah buku.
Koleksi Buku Yang Ada Suku Kata Bewarna
Sedar tak sedar, rupanya kak Alia dah mengumpul beberapa koleksi buku. Antaranya :-Koleksi Cerita Haiwan Di Dalam Al-Quran, di mana terdapat 12 buku dalam satu koleksi...
- Jasa lembu kepada manusia
- Ular Nabi Musa A.S. Mengalahkan Ahli Sihir
- Unta Kenderaan di padang pasir
- Nabi Yunus A.S. dan ikan paus
- Semut yang beriman
- Keistimewaan burung
- Keajaiban lebah madu
- Anjing tidur 309 tahun
- Keistimewaan kibas
- Kuda jaguh di medan perang
- Keajaiban sarang labah-labah dan
- Tentera gajah
So far kak Alia dah ada 3 buku dari koleksi tersebut, iaitu buku unta kenderaan di padang pasir, keistimewaan kibas dan keajaiban sarang labah-labah. In Shaa Allah, cuti nanti bolehlah tambah satudua buku lagi.
Kemudian, untuk koleksi kisah-kisah dongeng menarik pulak... Terdapat 10 buah buku dalam koleksinya, iaitu :-
- Ali baba 40 penyamun
- Orang bunian dan tukang kasut
- Si biskut halia
- Gadis bertopi merah
- Rapunzel
- Puteri salji dan tujuh orang kerdil
- Kumpulan ahli muzik bandar bremeh
- Puteri beradu
- Tiga ekor kambing dan
- Serigala dan tujuh anak kambing
Untuk koleksi tersebut, kak Alia hanya ada satu je koleksi... iaitu orang bunian dan tukang kasut.
Seterusnya, untuk buku cerita bahasa english... Kak Alia dah ada empat, iaitu the little match girl, little red riding hood, cinderella dan thumbelina. Itu sebahagian koleksi buku akak.
Alhamdulillah, berkat dia rajin membaca buku setiap hari... Now, di tahun 1 dia dah mulai lancar membaca. Benarlah kata orang... practice make perfect... Belakang pisau yang tumpul pun, kalau selalu di asah pasti akan menjadi tajam. Kan?
Bila suka membaca... Bukan setakat lancar membaca. Malah, penguasaan kosa kata pun bertambah.
Tips dari Fiza untuk galakkan anak membaca dan suka membaca ialah sangat mudah... Beli buku yang mereka sendiri pilih dan pastikan buku tersebut tidak terlalu tebal. 20 pages untuk satu² buku... Ok kot. Al-maklumlah budak² cepat bosan. Kan?
So, kena cari buku yang sesuai mengikut peringkat umur dan bewarna-warni... Itu yang paling penting. Percayalah... Anak² pasti suka. Then, selalu bacakan buku untuk dorang. Selalu bawak dorang bersama ke kedai buku... In Shaa Allah, hari demi hari dorang pasti suka membaca.
Semoga Nur Ain jugak dapat mengikuti jejak langkah kakaknya. Mudah-mudahan hendaknya. Aamiin...
Nukilan Rasa,
2 Comments
best baca buku camtok.. semoga anak2 mudah belajar..
ReplyDeletebagus minat membaca ni perlu dipupuk. xpe slowly nanti boleh lancar tu..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.