Suntikan Imunisasi Untuk Tahun 1?

Masa lunch hour, Fiza dapat notification message dari group tahun 1. Guru kelas mintak ibubapa bagi anak makan paracetamol yang dibekalkan oleh nurse atas sebab menerima suntikan imunisasi harini. Actually, last week sepatutnya staff hospital datang ke sekolah... Maybe disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan... So, dorang tunda this week. 

Suntikan imunisasi tahun 1

Balik dari sekolah, bukak je pintu kereta... Kak Alia terus report kat Fiza pasal suntikan yang dia dapat. Tanya dia... Berapa suntikan dapat? Menangis tak masa kena injection? So far so good, untuk imunisasi tahun 1... Dia dapat dua injection. Satu belah kiri, satu belah kanan. Encik suami kata dia cool je masa kena suntik. Alhamdulillah...

Kesan suntikan

Mungkin demam atau sakit di bahagian suntikan. Dalam otak Fiza, mesti sakit kan kedua belah bahu kena inject. Kak Alia kata sakitlah jugak... Tapi tidak menganggu aktiviti  harian dia seperti menulis, makan dan sebagainya.

Alhamdulillah... Lepas makan, sejam lepas tu Fiza bagi dia makan paracetamol. So far, ok je dia... Tidur pun lena. Pada saat entri ni di publish... Alia dan Ain dah pun tidur. 

Good night semua. Write up ringkas berkenaan injection untuk tahun 1 kak Alia. In Shaa Allah, dua tahun akan datang... Giliran Ain pulak kena suntik. Apalah respond dia nanti ye.

#tahun1
#suntikanimunisasitahun1