Terpikat Akan Warna Dan Ketahanannya
Last month adik beli gincu superstay matte ink Maybelline. Tergoda punya pasal... Apalagi... Seperti kebiasaan, weekends watsons buat diskaun jualan. Kebetulan semalam encik suami ke Betong atas urusan pembayaran bahan buat rumah. Fiza saja² je bagitau dia pasal keinginan Fiza nak membeli lipstick superstay matte ink, baru dari Maybelline. Tapi takdelah nak paksa dia untuk beli. Hehe... Fiza sejenis tak reti nak memaksa, tapi suka nak berkata-kata.
Dia tahu dah perangai Fiza macam mana. Sampai rumah dia bagitau kat Fiza. Dia takde beli lipstick tu. Takpelah Fiza kata. Maybe lain kali bolehlah beli. Al-maklumlah, semenjak kami laki bini sepakat nak bina rumah... Kami jadi kedekut sikit part membeli barang kemahuan. Hehe...
Entah! Macam mana tetiba dia hulurkan dua lipstick matte Maybelline kat Fiza. Woowww... Ada rupanya. Fiza dah tahu dah trick dia. Lagipun sejenis Fiza... If rasa encik suami boleh tunaikan, barulah berani nak suarakan keinginan... Kalau tak, memang Fiza tak kan suarakan.
Review Lipstick Superstay Matte Ink Maybelline
Encik suami belikan color Voyager ( 50 ) dan Lover ( 15 ). Serius! Color sangat cantik dan tahan lama. Malam Fiza cuba, sampai ke pagi still cantik dan melekat. Haha... Kena gelak dengan abang dan adik-adik tau... Apakah kejadahnya malam-malam bergincu. Nak buat macam mana... Excited punya pasal. Oh, ya... Harga RM36.90 setiap satu. Beli dua dapatlah RM27.86 setiap satu. Walaupun agak mahal bagi Fiza, tapi berbaloi memiliki. Seriously!
Very nice color. Love it.
#lipstikterbaru
#superstaymatteinkmaybelline
#Voyagercolor
#Lovercolor
3 Comments
Berkenan dgn code 50 tue.cntik
ReplyDeleteHa'ah. Color Voyager. Memang cantik. Fiza pun suka 😊
Deletefuihhh kaler diaa...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.