Watak Ustaz Hamadi Memang Menjadi
Trending punya pasal, sampai episod 14 dah... Fiza still setia menunggu apakah pengakhiran drama Nur 2.Malam ni punya episod... Subhanallah, menyakitkan hati betul tau melihatkan perangai Hamadi. Sanggup dia tampar ibu mertuanya. Dah tahap melampau dah tu. Hai! Emosi sungguh tengok drama Nur kali ni...
Sumber dari Facebook |
Kemudian, boleh pulak dia bersubahat dengan Juita untuk hancurkan rumahtangga Nur. Rupanya dia yang merancang supaya Adam jatuh ke tangan Juita. Sudahnya, Adam kena tangkap dituduh merogol Juita.
Dalam masa yang sama, dia ambik kesempatan bila jadi pengetua di Darul Fatah dengan menyuruh pelajar-pelajar kat situ mengemis. Allahu Akhbar, sampai macam tu sekali perbuatan dia haihhh...
Serius, Nur 2 ni penceritaannya banyak memperlihatkan sisi kejahatan watak ustaz Hamadi. Plot ceritanya lebih kepada bagaimana untuk mematikan watak tersebut. Rasanya, tak kan ada Nur 3. Haha... Memandai je kan...
Pandangan Untuk Episod Akhir Malam Esok
Korang rasa... untuk episod akhir malam esok, apakah pengakhirannya? Boleh teka tak?Menurut Fiza la kan... Malam esok mesti Ustaz Hamadi kena tangkap dan Juita pun sama. Kat situ semua rahsia akan terbongkar.
Then, part Nur menangis jumpa Dr. Mukriz tu... Fiza rasa, dia menangis kegembiraan rasanya... Bila dapat tahu dia mengandung. Cumanya, dia tak berkesempatan lagi untuk ceritakan pada Adam. Aishah pulak bebas dari Hamadi... Happy ending kan...
Korang rasa la kan... Akan ada lagi ke Nur 3?
7 Comments
emosi sgt malam nie dgn cita nur nieh.mulut dh sumpah seranah layan nur 2 nie. hihi
ReplyDeleteKan... Rasa nak tumbuk je muka Hamadi ππππ
DeleteSaya tengok drama Nur yang tahun lepas je. Nur 2 ni saya tak tengok pun. Takut tak dapat kawal emosi bila tengok Ustaz Hamadi & Juitaπ
ReplyDeleteMmg sakit hati tgok Ustaz Hamadi dan Juita. Rasa nak lempang2. Hahaha. Terbaik drama Nur ni
ReplyDeleteKmk dr nur 1 x follow ceta tok... hehehehe... ya lah nangga org meroyan ajak di fb kol 10
ReplyDeleteHahaa... nanga rami emo kt fb tgk nur 2, kamek sik nanga
ReplyDeletenang antu.. haha
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. πππ#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.