Mula Sibuk Jadi Baby Sitter!
Walaupun busy, ada masa In Shaa Allah Fiza cuba untuk update blog.This week, adik dah start kerja balik selepas pantang bersalin. Anak dia seperti kebiasaan akan diamanahkan kepada emak untuk menjaganya.
Boleh je carik pengasuh. Tapi, zaman sekarang... Dengar macam² isu pasal pengasuh. Adik jadi tak yakin untuk upah pengasuh.
Walaupun mak yang diamanahkan untuk menjaga Rizky. Mana mungkin sebagai seorang anak yang tak bekerja, tinggal sebumbung membiarkan mak menguruskan Rizky. Bayi lagi kot... Umur mak pun hampir 70-an... Walaupun masih sihat, tak kan sanggup Fiza nak biarkan dia urus sorang².
Tu pun rezeki jugak... Dapat curahkan kasih sayang untuk anak buah sementara anak² Fiza ke sekolah.
Saat entri ini disiarkan... Anak² dan suami dah pun ke sekolah, Rizky still tido lagi. So far, dia anak yang senang dijaga. Cumanya, kuat menyusu dan susah nak tido siang. Mungkin disebabkan cuaca agak panas kot... That why tak boleh nak tido siang.
Walaupun menjaga Rizky, anak² dan suami adalah keutamaan Fiza. Fiza cuma ambik masa dorang takde di rumah untuk jaga Rizky. Malam pulak adik sorang lagi akan ambik alih jaga Rizky dengan mak.
Malam takde masalah sangat nak jaga Rizky... Sebab malam dia hanya terbangun sekali dua je menyusu... The rest, tido memanjang... So takdelah mak berjaga. Alhamdulillah, semoga urusan kami menjaga Rizky dipermudahkan. Aamiin...
Full stop... Simple update dari Fiza untuk harini.
Have a nice day all...
Nukilan Rasa,
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.