Assalamualaikum,
Selamat Pagi.
Menurut majalah tersebut, Anzalna suka melaram masa mengandung dan ramai yang mengatakan bahawa bayi yang dikandungkan Anzalna adalah bayi perempuan... Based on ciri² tersebut.
Wallahu'alam...
Baca Juga : Hukum simpan tali pusat
Pengalaman Suka Ber'Makeup Masa Mengandung
Namun, Fiza nak share jugaklah perihal perangai pelik suka berhias masa mengandung. Fiza pun ada pengalaman sama seperti Anzalna. Waima, tak pegi mana-mana pun... Still gatal nak melaram. Bergincu bagai... Padahal, duduk depan tv sambil layan sinetron je kot.Kekadang tu, bangun pagi belum gosok gigi pun... Dah start cari barang makeup. Semua benda nak try. Padahal, masa tak mengandung memang malas betul nak melaram. Sampaikan encik suami kata pelik.
Sumber etsy |
Disebabkan mengandung... Encik suami biarkan jelah Fiza dengan dunia Fiza. Haha... Pembawakan budak kot. Tu jelah encik suami selalu kata.
Walaubagaimana pun, yang tinggal serumah dengan Fiza semua pakat kata... Nanti baby keluar mesti baby girl... Sebab suka sangat bersolek tak kira siang atau malam. Percaya tak?. Masa tu tak check lagi.
Bila dah check...
Doktor kata baby girl.
Actually, Fiza tak kisah sebenarnya... Baby girl or baby boy, yang penting... Baby lahir sihat tanpa sebarang cacat cela.
Kemudian... Alhamdulillah, lahirlah anak perempuan pertama kami Alia pada tahun 2012. Kebetulan atau kebenaran. Wallahu'alam...
Hakikatnya, kata-kats bagaikan doa. Bila ramai yang berkata bayi yang dikandung adalah bayi perempuan... Bila Allah berkehendak... Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah Yang Maha Berkuasa. Kan!
Walaubagaimana pun... Mengandung Ain, Fiza takde pulak perangai suka bersolek. Tapi lansung tak boleh makan ayam. Dah kenapa? Haha... Masa tu pulak, ramai yang kata... Fiza mengandungkan bayi lelaki lah pulak. Masa tu Fiza tak meletakkan harapan pun waima ramai yang kata gitu.
Seperti anak pertama, anak kedua pun Fiza tak kisah pasal jantina... Apa yang penting... Anak lahir sihat tanpa sebarang masalah.
First scanning lagi, doktor dah kata Fiza bakal dapat baby girl. Second scanning pun sama... Baby girl.
Alhamdulillah, lahirlah Nur Ain pada tahun 2014. Berbeza petanda, tapi bila lahir... Jantinanya tetap sama.
Kesimpulannya, kekadang petanda tak semestinya memberi result yang betul. Kan?
Ada tak pengalaman sama macam Fiza. Walaupun mengandungkan anak perempuan. Tapi petanda dia lain-lain?
12 Comments
Kuat melaram takpe, jangan kuat nyopink
ReplyDeleteKan. Haha...
DeleteKalau kuat nyopink... Pening kapala suami dibuatnya. Haha...
Pengalaman sendiri belum lagi.Tapi kalau pengalaman kawan-kawan..saudara mara yang bercerita itu adalah.Ada yang ya...dan ada juga yang disangka perempuan lahir lelaki..dan sebaliknya.Jadi kesimpulannya mungkin naluri dan perubahan hormon.
ReplyDeleteTu la kan. Teka pompuan... Sekali bila keluar lelaki pulak.
Deletemun dah suka make up x kira tgh buntin.. hehe.. tp pernah juak terdengar pendapat tok. hehe
ReplyDeleteNang jak. Ada jenis org, buntin ka sik tetap suka makeup. Tapi ada yg kedak kmk... Time buntin bebena melaram. Mun x buntin sik juak... Haha...
DeleteDah cantik fiza punya blog. Ingat kan Fiza yg suka melaram.. hihi
ReplyDeleteBiasa² je Noe 😂😂😂
DeleteSy rasa teori melaram ni tak boleh pakai la fiza, saya megandung ke tak tak suka pun mekap.Haha sy lagi percaya instintc. Naluri selalunya 80% betul
ReplyDeleteYup! Setuju dengan Muni. Fiza pun lebih percaya pada naluri. Masa mengandung Ain dulu, ramai yg agak boy. Tapi Fiza rasa baby girl.
DeleteBetul²..klu terjadi pun itu hanyalah satu kebetulan :)
ReplyDeleteyg penting anak lahir, sihat, sempurna dah syukur Alhamdulillah kan..
Tu la... Kekadang ada org... Scan baby boy, tapi bila lahir baby girl pulak. That why, jalan selamat belikan je baju unisex. Dah lahir... Bolehla beli ikut jantina 😊
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.