Cendawan Inoki Goreng Tepung
Bila bulan Ramadan menjelma, nafsu makan pun membuak-buak. Semua jenis makanan, kalau boleh nak dirasa. Betul tak?Bila berkumpul ramai² ketika berbuka, pastinya menu pun akan kelihatan bermacam-macam jenis. Waktu berbuka semalam, Fiza hanya tertarik dengan cendawan inoki yang adik gorengkan. Sedappp sangat... Walaupun dah lama viral di media sosial, tapi nak jugak share.
As a blogger, mana mungkin lepaskan peluang untuk snap gambar. Konon² untuk dijadikan bahan cerita di blog. Alhamdulillah... Terhasil jugak kisah di sebalik cendawan inoki dan resepinya.
Before Fiza share resepi. Fiza nak kongsikan jugak maklumat berkaitan cendawan inoki.
Sumber dari wanista |
Pengenalan Mengenai Cendawan Inoki
Cendawan Enokitake atau inoki, merupakan cendawan makan hasil pertanian berbentuk panjang seperti tauge. Dikenali jugak sebagai cendawan tauge, cendawan musim sejuk atau cendawan jarum emas.Antara kelebihan yang terkandung di dalam cendawan inoki pula adalah merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan sistem imun badan serta menghalang jangkitan kulat dan virus.
Selain itu, ia juga dikatakan agen anti radang dan aktiviti pelindung gen di mana ia menghalang kerosakan DNA.
Sumber : cendawanglobal
Resepi Inoki Goreng Tepung
Itu mengenai cendawan Inoki. Manakala untuk resepi gorengannya pulak, adik guna telur sebiji dan tepung bestari serbaguna spicy je untuk bahan campuran.Nak membuatnya...
Pertama, cuci bersih sebungkus cendawan inoki. Potong akarnya. Kemudian, masukkan telur. Panaskan minyak dalam kuali. Then, bila minyak dah masak, gaulkan inoki yang dah bertelur tadi dengan tepung serbaguna. Kemudian, goreng sehingga rangup.
Mudah kan?
Selamat mencuba.
3 Comments
ray selalu masukkan dalam salad heee
ReplyDeleteBiasanya saya jadikan cendawan enoki sebagai salah satu bahan untuk steamboat tapi pernah juga masak cemdawan enoki goreng.
ReplyDeleteAlahainsedapnya buat Goreng tepung
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.