Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Kata Motivasi Supaya Jangan Difikirkan tentang kegagalan | Pagi tanpa kata motivasi, pasti otak sangsi... Lemau dan tepu... Yang mana akhirnya membuatkan kita malas untuk bergerak.

Kekadang rasa itu hadir dalam diri. Namun, bila terbaca kata-kata motivasi... Ia sedikit sebanyak memudarkan perasaan tersebut.
Betul tak?

Quotes of the day dari Fiza...

Kata motivasi cuba dahulu sebelum fikirkan tentang kegagalan

Gagal itu urusan kemudian, 
Yang penting
Kita berani untuk mencuba. 

Betul tu. Dalam apa jua tindakan, kita kena berani mencuba... Tak kisahla apa orang sekeliling ingin perkatakan. Berhasil atau tak? Berjaya atau tidak? 

Semuanya kita kena serahkan pada Allah. Sesungguhnya kita telah berusaha sebaik mungkin untuk mencuba. 

Kita hanya mampu merancang. Hanya Allah yang menentukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. 

Ada 3 perkara Allah telah tentukan... Iaitu Jodoh,  maut dan rezeki. 

Andai hidupmu tiada jodoh setelah berusaha untuk mencari. Abdikan diri pada Ilahi, pasti ada hikmah disebaliknya. 

Begitu jugak kematian dan rezeki. Siapa kita untuk menolak takdir. 

Hakikatnya di dunia ini, kita kena sentiasa bersyukur... In Shaa Allah, hidup pasti tenang. 

Pepagi menaip kata motivasi, terasa aura positif kembali menawan diri. 

Alhamdulillah...