Nescafe Rose Latte Limited Edition

7 Ramadan dah, baru harini berkesempatan untuk mengemaskini blog balik.

Macam mana puasa? Ok Tak?

Fiza, Alhamdulillah... Still berpuasa walaupun cuaca amat menduga. In Shaa Allah, selagi diberi kesihatan yang mengizinkan... Kita akan berpuasa selagi termampu.

Pendapat peribadi tentang nescafe rose latte edisi terhad

Harga Nescafe Rose Latte Edisi Terhad Setin

Berbalik kepada entri kali ni, Fiza sekadar ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai satu produk minuman iaitu sejenis minuman kopi susu perisa ros.

Fiza tiap kali ada keluaran terbaru Nescafe, tak sah kalau tak mencuba. Benda limited edition kan... Sebagai blogger sah² la akan mencuba bila mana ada rakan lain yang buat review.

Ok, untuk harga setin... Ia dijual dengan harga RM2.40. Kalau di kawasan Betong, Sarawak... Ia boleh di beli di kedai Doremon.

Kemudian, ia jugak boleh didapati di kedai 7E, supermarket dan Petronas. Tu berdasarkan informasi yang rakan blogger kongsikan di dalam entri review dorang.

Sedap Tak Nescafe Rose Latte Edisi Terhad?

Untuk pengetahuan korang, berdasarkan apa yang Fiza rasa... Nescafe Rose Latte terasa seperti campuran perisa rose dengan kopi susu. Dapat bayangkan tak?

Seperti dua minuman di bawah dicampur. Begitulah rasanya.


Secara jujurnya, Fiza memang tak suka akan rasanya. Tak masuk anak tekak. Huhu...

Apa-apa pun itu pendapat Fiza. Lain orang, lain citarasanya kan. Nasib baik beli setin je. Kalau tak, memang membazir.

Sekarang ni Fiza tak pasti masih ke tak produk ni di pasaran. Fiza beli pun bulan lepas.

Tapi, baru harini berkesempatan untuk berkongsi pendapat. Sabar jelah ye.

Hehehe...