Ayam Goreng Berempah
Alhamdulillah, menu utama berbuka semalam adalah ayam goreng berempah. Dah ramadan yang ke-12, baru ada masa untuk update menu berbuka. Hehehe...Teringat zaman di universiti dulu, tiap kali tapau nasi... Mesti ada je ayam goreng berempah. Sampaikan makcik cafe dah tahu sangat dah menu Fiza. Hahaha...
Teringin punya pasal, balik dari sekolah... Fiza terus minta tolong suami belikan bahan. Cuma, daun kari jelah... Fiza beli dengan jiran.
Sebenarnya nak buat ayam goreng berempah takdelah renyah atau susah sangat... Yang penting bahan semua kena ada, barulah rasanya sama seperti resepi.
Ok! Alang-alang Fiza dah bercakap pasal ayam goreng berempah, tak sah rasanya kalau tak berkongsikan resepinya di sini. Nanti tak perlula nak google satu per satu. Kan?
Resepi Ayam Goreng Berempah
Sumber : Laman MaggieOk! Direct to the point, berikut adalah antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ayam goreng berempah :-
250g peha ayam ( Fiza guna sayap ayam dan tripple kan bahan )
5 ulas bawang putih dikisar
3 ulas bawang besar dikisar
20g halia dikisar
2 batang serai dikisar
10g lengkuas dikisar
100ml air untuk mengisar
½ sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk jintan manis
2 tangkai daun kari
1 ½ sudu besar MAGGI® CukupRasa™ Minyak masak
Cara Memasak Ayam Goreng Berempah
- Gaulkan ayam dengan bahan, perapkan semalaman atau 1 jam sahaja.
- Panaskan minyak, goreng ayam sehingga warna keemasan.
Dah siap. Sangat mudah. Rasa pun sedap. Alhamdulillah, nanti bolehla repeat membuat.
Selamat mencuba!
#ayamgorengberempah
#ramadan12
11 Comments
Wah mesti bau rempahnya semerbak harum kan Kak Fiza :D
ReplyDeleteBila dibiarkan semalaman. Allahu akhbar, rasanya memang cukup sempurna. Lepas ni dah tak pandang resepi lain. Ekekeke... Guna resepi ni je 😂😂😂
Deletesedap tu fiza! kena buat la ptg ni utk berbuka puasa...
ReplyDeleteAlhamdulillah Abam Kie. Menepati citarasa nampaknya. 😊
Deleteaummm tgk pon sedap dah lagi bulan puasa nie hihihi
ReplyDeleteKan? Hahaha. Alhamdulilah Abe Nick, resepi memang sedap.
DeleteWah sedap ni :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. 😊
DeleteMudah dan sedap! Best nih..👍🏻✨
ReplyDeleteYup! Sangat mudah Cik Sue. Alhamdulillah, resepi maggie tak mengecewakan.
DeleteWow sedap tu
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.