Ayam Goreng Berempah

Alhamdulillah, menu utama berbuka semalam adalah ayam goreng berempah. Dah ramadan yang ke-12, baru ada masa untuk update menu berbuka. Hehehe...

Teringat zaman di universiti dulu, tiap kali tapau nasi... Mesti ada je ayam goreng berempah. Sampaikan makcik cafe dah tahu sangat dah menu Fiza. Hahaha...

Teringin punya pasal, balik dari sekolah... Fiza terus minta tolong suami belikan bahan. Cuma, daun kari jelah... Fiza beli dengan jiran.

Sebenarnya nak buat ayam goreng berempah takdelah renyah atau susah sangat... Yang penting bahan semua kena ada, barulah rasanya sama seperti resepi.

Ok! Alang-alang Fiza dah bercakap pasal ayam goreng berempah, tak sah rasanya kalau tak berkongsikan resepinya di sini. Nanti tak perlula nak google satu per satu. Kan?

Cara membuat ayam goreng berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah

Sumber : Laman Maggie

Ok! Direct to the point, berikut adalah antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ayam goreng berempah :-
250g peha ayam ( Fiza guna sayap ayam dan tripple kan bahan )
5 ulas bawang putih dikisar
3 ulas bawang besar dikisar
20g halia dikisar
2 batang serai dikisar
10g lengkuas dikisar
100ml air untuk mengisar
½ sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk jintan manis
2 tangkai daun kari
1 ½ sudu besar MAGGI® CukupRasa™ Minyak masak

Cara Memasak Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah

  1. Gaulkan ayam dengan bahan, perapkan semalaman atau 1 jam sahaja.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga warna keemasan.

Dah siap. Sangat mudah. Rasa pun sedap. Alhamdulillah, nanti bolehla repeat membuat.

Selamat mencuba!

#ayamgorengberempah
#ramadan12