Tutorial Untuk Adjust Gambar Di Blog Agar Kelihatan Sama Walaupun Screen Paparan Pembaca Berbeza Saiz | Assalamualaikum, korang apa khabar? Hurmmm... Fiza pulak alhamdulillah, baik² je sambil edit template blog lagi. Beginilah sifat kaum hawa. Suka benda cantik. Bila dah bosan mesti tukar. Tapi... Tak semua benda bertukar ye. Kang... Ada pulak yang kata bertukar suami pulak. Haha... Kan?

Kod html untuk samakan saiz gambar di blog
Sumber dari Pexels

Actually, entri kali ni Fiza nak share lah satu ilmu. Tapi sebelum tu... Nak tanya korang...

Pernah tak alami...
Bila letak gambar dalam entri, kemudian... Dah siap letak saiz kepada X-Large atau Original Size... Tapi, Bila dah publish dan dilihat menggunakan smartphone atau tab, gambar tersebut jadi memanjang ke ataslah pulak... Atau dalam bahasa mudahnya... Kelihatan lonjong. Nampak jadi tak cantik. Tapi, bila dilihat menggunakan laptop... Cantik lah pulak. Pernah tak hadapi?

So, entri kali ni Fiza nak kongsikanlah solusi pada permasalahan tersebut dengan hanya mengubah code html supaya paparan gambar di dalam entri blog di smarphone mahupun laptop kelihatan sama je.

Senang je sebenarnye. Just copy paste html code. Edit sikit² html theme... Rasanya tak sampai 5 minit pun dah boleh siap.

Tutorial Tambah Code HTML pada Theme, Agar Gambar Di Entri Blog Tidak Kelihatan Lonjong

Ok! Direct to the point,  Caranye adalah seperti berikut...

#1. Buka dashboard blog
#2. Klik pada Theme dan edit HTML
#3. Kemudian cari code </style>
#4. Copy and paste code

img {
    max-width: 100%;
    height: auto;
}

Di atas code </style>
#5. Save theme dan preview

code html untuk resize gambar di blog agar cantik

Sangat mudah bukan. In shaa Allah,  if takde error... Korang akan berjaya adjust saiz gambar menjadi sama walaupun paparan screen gajet yang pengguna guna berbeza-beza.

Semoga bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri Fiza 👏👏👏