Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Cara Mudah Masak Hati Ayam, Tapi Tetap Sedap | Setiap weekend, mesti ramai yang ambik peluang... Spend time dengan family kan. Bila dah tak keluar rumah, macam-macam benda nak difikirkan... Terutamanya, bab-bab makan. Betul tak?

Fiza sejak hb turun lagi ke 10.5 g/dl pada minggu ke-19 kehamilan Last two weeks... Macam-macam menu yang boleh naikkan hb... Fiza cuba, termasuklah hati ayam. Hati ayam ni, kalau tak kena dengan cara masak... Ia boleh membuatkan kita rasa nak termuntah bila makan. Lagi-lagi baunya yang hanyir. Kalau tak cukup bahan dan rasa pedas... Memang boleh buatkan kita tak nak makan hati ayam.

Dalam seminggu, Fiza akan repeat buat dua kali sahaja... Dan, Fiza lebih suka masak hati ayam dengan kicap... Jika nak dibandingkan dengan hati ayam masak kari. Tu je yang kena dengan selera anak tekak Fiza buat masa ni. Kalau tak kerana mengandung dan hb low, memang jarang sangat²... La, nak masak hati ayam.

Korang makan tak hati ayam?

Resepi Hati Ayam Masak Kicap Paling Mudah Tapi Sedap

Hati ayam masak kicap

Fiza makan, tapi bukan makanan kesukaan.
Alhamdulillah, untuk lunch harini, salah satu menu yang Fiza masak adalah hati ayam masak kicap. Add-on pulak dengan kacang panjang jiran bagi. Memang mantap!!! Alia dan Ain pun suka.

Tak nak memanjangkan cerita, baik Fiza share bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hati ayam masak kicap. So, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Iaitu :-
  1. Hati ayam 250gram ( Fiza beli sebungkus beharga RM3 )
  2. Bawang Holland
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah
  5. Serbuk kunyit
  6. Cili kering
  7. Halia
  8. Kicap masin
  9. Ajinomoto
  10. Kacang panjang
Cara memasaknya pulak... Pertama, cuci bersih hati ayam sehingga hilang bau hanyir padanya. Bagaimana nak hilangkan?

Cara Mudah Hilangkan Bau Hanyir Pada Hati Ayam

Biasanya, kalau Fiza... Nak buang bau hanyir pada hati ayam... Mudah je. Just guna 3 bahan... Iaitu letakkan tepung gandum bersama satu sudu garam pada hati ayam. Kemudian, perahkan limau nipis dan gaul sehingga rata.

Gorengkan dan alihkan. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama kecuali bawang holland. Bila dah naik bau, masukkan hati ayam. Masukkan bawang holland yang telah dihiris. Masukkan kacang panjang... Perasakan dengan ajinomoto. Jangan terlalu lama tau... Biarkan kacang panjang tu still segar. Sedap! krang krup... Makan pulak dengan nasi panas. Allahu Akhbar, nikmat apalagi yang kita nak dustakan. Kan?
 Baca Juga  : Sotong masak kicap campur kacang panjang

Kebaikan Hati Ayam

 Sumber  : Bacaterus
Settle menu dua dalam satu. Tapi... Alang² dah bercakap pasal hati ayam, di sini suka Fiza nak selitkan... Jugaklah, apakah kebaikan yang ada di dalam hati ayam sebagai pengetahuan kita bersama. Antaranya :-

#1. Vitamin A Yang Tinggi
Tahukah korang bahawa hati ayam mengandungi vitamin A yang tinggi. 1 ons hati ayam mampu menyediakan 120% daripada keperluan vitamin A harian kita.... Di mana ia sangat bermanfaat untuk memelihara kesihatan mata kita.... Selain, dapat membantu menjaga imun tubuh agar tidak mudah jatuh sakit.

#2. Meningkatkan Tenaga
Pengambilan hati ayam jugak dikatakan mampu untuk meningkatkan tenaga seseorang kerana ia mengandungi protien yang tinggi.

#3. Membentuk Sel Darah Merah
Ini yang paling penting kebaikannya buat ibu mengandung, di mana hati ayam dikatakan mampu membantu dalam pembentukkan sel darah merah. Lagi² ia mengandungi zat besi yang cukup tinggi dan ia memberi manfaat untuk menghantar oksigen dan menghasilkan tenaga.

Keburukan Hati Ayam

 Sumber  : Liputan6
Walaubagaimana pun, dalam kebaikan pastinya terselit jugak keburukan seandainya ia diambil secara berlebihan. Antara lain keburukan yang ada pada hati ayam adalah seperti :-

#1. Menyebabkan Penyakit Jantung
Hati ayam banyak mengandungi lemak dan kolestrol yang dapat menyumbat pembuluh darah menuju ke jantung... Sehingga memperlambatkan proses penghantaran oksigen ke jantung. Akibatnya akan menyebabkan penyakit jantung apabila diambil secara berlebihan.

#2. Penyakit Darah Tinggi
Selain itu, pengambilan hati ayam yang berlebihan juga akan menyebabkan penyakit darah tinggi... Di mana, kolestrol yang terdapat pada hati ayam akan berubah menjadi kolestrol jahat sekaligus membuatkan peredaran darah tersumbat. Inilah antara lain yang boleh menyebabkan timbulnya penyakit darah tinggi.

Tu antara lain keburukan dan kebaikan yang terdapat pada hati ayam. Kesimpulannya, bila diambil dalam kuantiti yang betul... Ia membawa banyak manfaat. Namun, bila diambil secara berlebihan ia jugak akan membawa padah. So,  besederhanalah dalam pengambilannya. Kan? Itu yang lebih afdal.

That it's cerita Fiza tentang menu lunch hour kami anak-beranak harini. Macam mana first day cuti panjang anak²? Mesti riuh kan rumah.