Kejutan! | Assalamualaikum, salam Jumaat semua. Fuh! Baru hilang gemuruhnye. Entahla... Pregnant kali ni Fiza kuat nervous. Tak tau kenapa. Padahal... Mengandung sebelum² ni tak pernah pulak macam tu. Sampaikan doktor suspect Fiza whitecoat hipertension. Nanti... Lain entri Fiza cerita pasal tu ek!

Kejutan

Entri kali ni, just nak share tentang satu kejutan. Huhu... Pepagi lagi pihak klinik kesihatan buat kejutan datang ke rumah Fiza tau. Rumah tak berkemas. Dengan tak mandinye lagi.  Sabar jelah. Ingatkan Fiza ada ter miss tarikh temujanji ke klinik. Rupa²nye dalam bidang tugas dorang... Jika mereka ada masa, dorang akan melawat ke rumah ibu² yang mengandung. Ingatkan mereka cuma akan datang masa dalam pantang... Rupa-rupanya, dalam bulan² kehamilan pun dorang turut datang melawat... Jika mereka ada kelapangan.

Nasib baik, nurse² yang datang tu kenal dengan Fiza. Huhu. Tak lama pun dorang datang... Dalam 10-15 minit macam tula... Tu pun bergantung jumlah rumah yang dorang akan pergi.

Buku pink

Apa yang nurse nak check bila datang melawat ke rumah semasa mengandung?

Ok! Ni Fiza nak share... Takde apa pun sebenarnye. Dorang check macam kita selalu buat kat klinik je. Check tekanan darah, check berapa minggu kandungan kita, based on berapa ukuran rahim kita. Kemudian, Tanya itu ini tentang kesihatan kita. Macam mana pengambilan ubat yang dorang bekalkan. Ok ke tak? Najis color apa. Last sekali, dorang akan ingatkan kita bila tarikh temujanji seterusnya... Dan untuk apa. Tu je la.

 Baca Juga  : Bila register buku pink kehamilan

Cuma... Fiza ni ha. Lately, nampak je nurse dan doktor... Confirm! Nervous. Sampaikan BP mencecah 139/80, nadi jadi laju... Adoi². Bila dah check kali kedua... Barulah turun. Tu pun sikit je. Sudahnya... Fiza akan ke klinik sebanyak dua kali dalam seminggu... Untuk check BP. Hurmmm... Demi anak, ku relakan jua... Walaupun agak memenatkan. Kan!

Pada Fiza, bagus jugak dorang datang melawat. Sekurang-kurangnye, kesihatan kita sepanjang mengandung sentiasa di pantau. Kita pun takdelah risau. Lagi² macam kes Fiza, BP turun naik dan ada pulak GDM on diet. Huhu...

Rasa terkejut pun dah hilang. Fiza pun dah lapar dah ni. Nanti kita sambung dengan cerita lain pulak ok. Terima kasih. Selamat bercuti semua. Have a nice day. 😍😍😍