Cara Mudah Membuat Dropcap / Huruf Besar di Awal Postingan Blog - Assalamualaikum, hai... Bila bosan tak tahu nak buat apa. Mulalah tangan gatal nak edit template blog. Fiza suka tengok blog Azhafizah.com dan yang mencuri perhatian Fiza bila masuk blog dia ialah HURUF BESAR pada permulaan entri dia. Macam mana ek! Dia buat.
Amboi! Tak boleh tengok kelainan sikit kan. Sukalah nak menyusahkan diri. Fiza ni, selagi tak cuba... Selagi tu tak puas hati.
Baca Juga : Cara mudah buat scroll pada widget Archive
Hehe... Apalagi, mulalah google satu persatu. Jenuh jugak cari dan cuba. Ada yang tak boleh. Ada yang error coding html nye. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat Fiza untuk mencuba. Akhirnya, dalam masa lebih kurang sejam... Siap jugak Fiza buatkan. So, untuk rujukan masa akan datang... Lebih baik Fiza kongsikan di sini. Jadi tak perlulah lagi Fiza nak google satu persatu. Betul tak?
Bagaimana nak buat Dropcap / Huruf Besar di Awalan Entri Blog
Sumber : IrfansyahputraAlhamdulillah, terima kasih pada yang berkongsi tutorial. Sebenarnya mudah je nak buat huruf besar pada awalan perkataan pertama di entri blog. Caranya :-
Pertama, seperti biasa... Klik pada edit html.
Kemudian, cari code html </style>.
Setelah itu, copy dan paste code html di bawah. Letakkan DI ATAS code html </style>
.dropcap{float:left;color:#000000;background:#fff;line-height:44px;padding-right:5px;font-family:Arial;font-size:40px;}Save.
Paling penting. Setiap kali membuat entri, kita kena masukkan code html seperti berikut.
Contohnya :
<span class="dropcap">S</span>mall Changes can make a big difference - Assalamualaikum, hai... Bila rasa down, Fiza selalu cari kata² semangat untuk hilangkan aura negatif dalam diri. Itulah cara Fiza untuk hindarkan diri daripada berfikiran negatif.Hasilnya, ia akan kelihatan seperti berikut.
One of quote yang Fiza suka adalah kata² semangat... Atau dalam bahasa omputehnya spirit quote.
Mudah kan. Selamat Mencuba!
6 Comments
bagus juga mengedit blog ini..
ReplyDeletedapat belajar sesuatu yang baru
Kan... Tapi, bila rajin je suka edit. Kalau tak, memang malas jugak nak edit html.
DeleteTerima kasih suka singgah blog. Maaf lambat tinggalkan komen. ada tutorial fiza dah kongsikan. cara yang kak fiza buat ni pun okay dan mudah juga. part nak buat secara manually setiap kali compose tu agak leceh sikit. Kadang terlupa buat. huhu
ReplyDeletehttp://www.azhafizah.com/2012/03/tutorial-buat-drop-caphuruf-pertama.html
Sama². Kan... Agak leceh. Semalam try and error jugak supaya boleh buat automatik. Tapi still tak jadi. 😂😂😂
DeleteRajin akak edit html. Saya baru nak belajar tentang html sebab ambil subjek Web Techniques and Applications sem ni.
ReplyDeleteTakde rajinnya Jannah. Bila bosan tengok template, begitulah perangai akak. Mesti nak tukar.
DeleteActually, best sebenarnya main coding. Tu pun kalau berhasil. Tapi... Kalau dah error. Stress jugak dibuatnye. 😂😂😂
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.