Assalamualaikum,
Selamat Petang.

Small Changes can make a big difference | Bila rasa down, Fiza selalu cari kata-kata semangat untuk hilangkan aura negatif dalam diri. Itulah cara Fiza untuk hindarkan diri daripada berfikiran negatif.

One of quote yang Fiza suka adalah kata-kata semangat... Atau dalam bahasa omputehnya spirit quote.

Small changes can make a big difference
#spiritquote

Small changes can make a big difference. Yes! Setuju sangat-sangat. Dalam hidup ni, if kita berani buat perubahan... Walaupun perubahan itu kecil bagi orang lain, percayalah ia akan membawa perubahan atau perbezaan yang besar dalam hidup kita.

Contohnya, dulu kita tak bertudung. Bila kita berubah dan istiqomah untuk bertudung... In Shaa Allah, kita pasti mengalami perbezaan yang amat besar dalam hidup. Kita mula akan rasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. In Shaa Allah... Kita akan merasai ketenangan itu datang dalam diri. Bukan itu sahaja, kawan-kawan pun semakin respect terhadap kita. Betul tak?

Namun, itu sekadar contoh... Untuk quote tersebut. Apa pun perubahan yang kita buat... Ia berbalik kepada pilihan. Kita senantiasa ada pilihan. Dan pilihan hanya akan membawa kesan yang negatif atau positif. So, before berubah... Kena fikir dulu kesannya... Sebab yang menanggungnya kita. Betul tak?

Begitu jugak perubahan-perubahan yang lain... Hakikatnya, nak hidup lebih tenang... Kena berani berubah. Kena selalu berfikiran positif. Betul tak?