Macam mana nak pilih brokoli yang bagus dan berkualiti? Ini caranya! | Assalamualaikum, hai... Seperti yang kita ketahui, brokoli adalah superfood yang begitu banyak kebaikannya.

 Baca Juga  : Kebaikan di sebalik brokoli

Cara pilih brokoli berkualiti dan elok
Sumber : hellosihat.com

Namun, entri Fiza kali ni, bukanlah nak bercerita pasal kebaikan ataupun keburukan brokoli. Tapi... Sebaliknya Fiza nak share tentang cara untuk memilih brokoli yang segar dan berkualiti. Al-maklumlah, kekadang ada masa kita main bantai je beli... Tanpa mengira elok ke tak. Bila dah sampai rumah barulah perasan.

Eh! Nampak lembiklah batang brokoli ni! 

Dah sudah... Alih² masuk tong sampah. Betul tak?

Langkah Demi Langkah, Tips Yang Betul Untuk Pilih Brokoli Yang Berkualiti

Actually, tips pilih brokoli ni dikongsikan oleh saudara Muhammad Rashdan di facebook miliknya. Memandangkan ramai yang share... Sampai 64K. Apalagi, Fiza pun terpanggil jugak untuk kongsikan. At least, ada jugak guide untuk pilih brokoli. Kan?

Informasi
Sumber : FB Muhammad Rashdan

Berdasarkan sumber...
  1. First things first, kena tengok pada warna brokoli tersebut. If warna lebih gelap, ia menandakan brokoli tersebut telah tua atau matang. Jika bewarna hijau terang pulak, ia dikatakan masih muda. Nak kan brokoli yang cepat masak, sedap dan rangup... Tipsnya, kenalah pilih yang muda.
  2. Kedua, lihat pada bahagian tengah batang brokoli. Jika warnanya kekuningan dan lembik... Itu menandakan bahawa brokoli tersebut mulai rosak.
  3. Kemudian, perhatikan jugak bahagian celah batang, kalau brokoli yang rosak... Ulatnya pasti kelihatan banyak. Namun, if lansung takde ulat pun tak bagus jugak... Sebab takut dicemari pesticide.
Mudah kan?

Tu antara lain, tips paling penting untuk memilih brokoli yang elok. Semoga bermanfaat buat kita semua.