Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Pengalaman Kenapa Check BP Seminggu Sekali | Semalam, Fiza ada temujanji di klinik kesihatan untuk check tekanan darah. Mengandung kali ni, Fiza mengalami tekanan darah turun naik... Nadi jantung pulak asyik laju dan mencecah 120/minit. Paling rendah pun 102/minit.

Ia mula terjadi pada minggu ke-14 kehamilan. Oleh demikian, Fiza dikehendaki datang ke klinik kesihatan untuk check tekanan darah. Mula² dua kali dalam seminggu, tapi disebabkan Fiza buat BSP iaitu Blood Sugar Profile... So, sampai sekarang diubah... Menjadi sekali dalam seminggu.

Fiza pernah buat CTG di klinik kesihatan pada minggu ke-15 kehamilan, ternyata resultnya ok. Tapi, doktor still tak puas hati. Akhirnya Fiza buat pulak ujian darah untuk tiroid. Keputusannya pun dah dapat. Alhamdulillah, normal.

 Baca Juga  : Pertama kali makan ubat zincofer

Namun, dari minggu ke minggu... Tekanan darah Fiza still tinggi... Range pun 140 ke bawah. Tapi nadi tetap sama. Still laju. Akhirnya, Fiza dirujukkan kepada doktor pakar. Setelah review dibuat... Doktor pakar syak yang Fiza mengalami white coat hipertension.

Apa itu whitecoat hipertension? 

Based on apa yang Fiza baca di google dan jugak penerangan daripada doktor... White coat hipertension adalah satu keadaan di mana pesakit akan berasa cemas atau gugup tiap kali berjumpa dengan pasukan kesihatan... Bila dah cemas tu, sah² la jantung berdegup laju... Dan itulah yang Fiza alami sekarang ni. Entahla! Lansung Fiza tak boleh nak control perasaan nervous tu apabila masuk je pintu klinik... Padahal ada je nurse yang Fiza kenal. Risau akan keadaan diri, Fiza terus beli alat untuk ukur tekanan darah di Shopee.

Masalah kesihatan ketika mengandung
Sumber : Hello Doktor

Alhamdulillah, Bila Fiza monitor sendiri tekanan darah di rumah... Takde pulak masalah. Semuanya dalam range yang normal. Nadi pun di bawah 100.

Ada yang kata... Itu pembawakan budak. Hurmmm...

Walaubagaimana pun, doktor pakar Sri Aman telah memberi cadangan kepada Fiza untuk buat scanning jantung di Pusat Jantung Negara Kota Samarahan penghujung Januari 2020 nanti... Takpela... Demi kesihatan diri dan bayi, Fiza akur. Mudah²an takde apa yang serius hendaknye... Kan?

Mengandung pada usia 39 tahun. Nila first time Fiza hadapi pelbagai masalah ketika mengandung. Yelah tu... Faktor usia puncanya. Dulu masa mengandungkan Alia dan Ain... Takde pulak masalah hb rendah, tekanan darah dan gula bagai. Hurmm... Sabar jelah. Bak kata emak... Setiap anak pastinya berbeza pembawakan... Yang penting, kena positif selalu. In Shaa Allah, di lain entri nanti Fiza akan ceritakan pulak pengalaman Fiza di Pusat Jantung Negara Samarahan.

Doakan untuk Fiza ye, semoga semuanye dipermudahkan.