Ayam Masak Merah Versi Kesukaan Budak-Budak - Assalamualaikum, hai... Korang tengah buat apa? Lunch pulak, makan apa? Haha... Banyaknye soalan kan. Actually, bila part makan... Fiza mesti dok fikir, menu apa untuk hari ni. Lagi-lagi bila dah ada anak.
Anak-anak Fiza sejenis yang belum boleh terima sangat masakan yang pedas. Kalau makan pedas, confirm kekenyangan air. Banyak minum daripada makanlah sudahnye.
Encik suami pulak... Takde masalah. Tak pedas pun, dia suka. So, tengahari ni... Fiza pilih untuk masak je ayam masak merah versi anak-anak. Mean, takdelah pedas sangat.
Padahal, Fiza masak main campak² je sambil berzikir mohon agar dorang mendengar kata. Hehe...
Campak² pun, berikut adalah bahan² yang diperlukan untuk membuatnya.
Then, gorengkan ayam terlebih dahulu sehingga kekuningan. Ketepikan. Tumiskan bahan yang telah dikisar halus sehingga naik bau. Masukkan ayam semula. Tambahkan sos. Bila hampir masak... Masukkan bawang holland yang telah dipotong dan perasakan dengan maggie secukup rasa. Dah siap!
Bertambah-tambah nasi Alia dan Ain tau. Alhamdulillah...
Selamat mencuba!
Anak-anak Fiza sejenis yang belum boleh terima sangat masakan yang pedas. Kalau makan pedas, confirm kekenyangan air. Banyak minum daripada makanlah sudahnye.
Encik suami pulak... Takde masalah. Tak pedas pun, dia suka. So, tengahari ni... Fiza pilih untuk masak je ayam masak merah versi anak-anak. Mean, takdelah pedas sangat.
Resepi Ayam Masak Merah Versi Kanak-Kanak Stail Fiza
Ok! Seperti biasa, walaupun menunya simple dan bersepah di google. Tapi Fiza nak jugak tempek di sini. At least, nanti bolehla rujuk... Sebab Kak Alia dan Kak Ain kata, sedap pulak resepi kali ni. Siap suruh buatkan lagi untuk dorang bekal. Haha...Padahal, Fiza masak main campak² je sambil berzikir mohon agar dorang mendengar kata. Hehe...
Campak² pun, berikut adalah bahan² yang diperlukan untuk membuatnya.
500 gram ayam
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cili merah besar
2cm halia
Sebiji bawang holland
Sesenduk sos
Maggie secukup rasa
Tepung kunyit dan
Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya pulak, pertama... Cuci bersih ayam dan gaulkan dengan sedikit kunyit. Bahan-bahan lain seperti halia, bawang merah, bawang putih dan cili dikisar halus.Then, gorengkan ayam terlebih dahulu sehingga kekuningan. Ketepikan. Tumiskan bahan yang telah dikisar halus sehingga naik bau. Masukkan ayam semula. Tambahkan sos. Bila hampir masak... Masukkan bawang holland yang telah dipotong dan perasakan dengan maggie secukup rasa. Dah siap!
Bertambah-tambah nasi Alia dan Ain tau. Alhamdulillah...
Selamat mencuba!
8 Comments
Kalau xpedas mmg bdk2 suka
ReplyDeleteKan... Kalau pedas, nanti mesti dorang akan lebih banyak minum air daripada makan.
Deletewaalaikumussalam. yes anak2 saya pun suka ayam masak merah. makan nasi bertambah2 ^_^
ReplyDeleteTu la... Siap request suruh buatkan lagi. :)
Deletecampak2 pun sedap
ReplyDeleteHaha... Lagi-lagi kalau air tangan emak. Tak sedap pun jadi sedap kan pakcik.
Deletemun kmk ayam masak merah x makei sos... makei cabik kerin, bawang jak... ayam perak dgn gulapong... lepas tumis cabik bawang... engkah gula... utk memekatkan kuah, kismis kunin direndam air panas dan ditutok k campur dlm kuah... hehehe
ReplyDeleteYah! Kelak boleh kamek coba engkah gula apong. Makseh resepinya...
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.