6 Months Already! | Ada anak kecik jangan harapla nak hadap gajet. Now, Fiza mampu hadap handphone belah malam je untuk update blog. Huhu... Tapi, takpela haihh... Sabar dulu, nanti Cik D dah boleh duduk... Dah ralit bermain, tak cengeng dah... Bolehla kembali aktif berblog. Ni update setakat mampu jela dulu kan. Walaupun hakikatnya hari² nak update... Sayang weii duit adsense... Nak menabung balik. Yelah tinggal ringgit² je lagi after cashout last month. Huhu... Sabar jela. Kan?
Perkembangan Bayi Umur Enam Bulan
Alhamdulillah, baby D dah pun 6 bulan. Syukur sangat²... Akhirnya berjaya jugak direct feeding dia secara eksklusif sehingga 6 bulan... In Shaa Allah, road to dua tahun... Moga² sentiasa ada rezeki susu yang meriah buat baby D. Aamiin...
Checkup haritu, berat naik 300gram... Iaitu 7.1Kg. Takpe, yang penting semuanya normal. Still under control... Dah aktif meniarap... Kurangla menyusu. Sua susu je, mesti melalak... Malam je dia berabis menyusu.
Baby D dah start makan 4 hari before usianya menjangkau 6 bulan. Untuk 4 hari pertama, Fiza just kenalkan dia dengan bubur kosong letak sedikit minyak. Alhamdulillah, dia tak reject... Fiza bagi beberapa sudu je sebagai pengenalan... Dan tambahkan bilangan sudunya, day by day. Then, hari kelima fiza start campurkan labu. Resepinya... Nasi + sedikit minyak + labu... Pun dia suka. Harini, last day percubaan untuk labu. So far, takde masalah. Ok je. Nak share jugaklah... Tekstur bubur untuk bayi 6 bulan... Paling anak² Fiza suka adalah seperti tekstur kentang putar kfc...
Alhamdulillah... Ketiga-tiga anak Fiza, start makan je... Terus suka... Lansung tak reject. Pernah dulu buat cair masa first baby... Si kakak Alia, Lansung tak nak makan... Setelah diselidiki... Rupa²nya baby pun nak mengunyah jugak... Start dari situ Fiza try buat tekstur bubur macam kentang putar kfc... Sampaila anak ke tiga ni... Alhamdulillah, takde masalah bila start makan. Umur 6 bulan je... Terus on.
Bab membuang, alhamdulillah hari² membuang. Tips dia, lepas mandi sekali sehari Fiza akan buatkan senaman kayuh basikal kat baby D. Alhamdulillah, until now dia takde masalah bab² membuang. Hehe...
Meniarap, telentang... Berpusing² seperti jam... Itulah perkembangan dia sekarang ni. Terror sudah. Mulut pun dah start bising... Semua benda dia nak tegur. Kata orang... Time nila kita kena start ajak dia bersembang... Walaupun hakikatnya kita tak faham pun bahasa dia.
Cepatnye masa berlalu... Kan? Tup² baby D dah enam bulan. Huhu... Semoga baby D terus membesar dengan sihat dan cergas... Aamiin...
7 Comments
Yah... x berasa... dah makan solid food dah nya... x lamak gik makin gago mak nya berkepong dgn nya.. hehehe
ReplyDeleteHaha... Lagik gago mutit uras masuk mulut... Nang extra care olehnya. 😆
DeleteSemoga baby sentiasa sihat
ReplyDeleteAamiin... Terima kasih atas doanya.
DeleteAnak saya esok baru nak start bagi makan. genap 6 bulan. Excited pula! hehe.. Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
ReplyDeleteAla... Lambat publish mesej. Apa² pun thanks kerana sudi menjemput join giveaway.
Deletewah dah 6 bulan bby eh fiza, lama sik blogwalking tok
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.