Assalamualaikum,
Selamat Pagi.

Cara Semak Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Terkini | Korang apa khabar? Fiza Alhamdulillah, sihat... Hari ni nak share sikit pengalaman Fiza dapat Bantuan Ibu Bersalin untuk negeri Sarawak. 

Ok! Direct to the point jelah ye. Seperti yang kita ketahui, Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 yang lalu, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan untuk memberi bantuan berjumlah RM450 kepada setiap ibu yang bersalin di negeri Sarawak.
Bantuan yang dinamakan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini bermula pada 1 Januari 2020 dan diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Actually, Bantuan ini tertakluk kepada beberapa syarat kelayakan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  3. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak;
  4. Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.

CARA MEMOHON BANTUAN IBU BERSALIN SARAWAK

Bagi yang ingin memohon, terdapat dua kaedah permohonan iaitu:

Permohonan secara online dan permohonan secara manual... Permohonan secara manual adalah melalui borang yang boleh dimuat turun melalui Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020. Pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK. Borang tersebut kemudiannya perlu dihantar di mana-mana pejabat-pejabat terbabit dan perlu disertakan nota discaj atau sijil lahir bayi. Boleh rujuk website kwkpk Sarawak untuk membuat permohonan. 

Para pemohon juga perlu mengambil perhatian terhadap beberapa makluman tambahan iaitu:

  1. Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020;
  2. Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin;
  3. Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual;
  4. Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, pihak KWKPK mempunyai hak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

BAGAIMANA FIZA MEMOHON BIB SARAWAK SECARA ATAS TALIAN

Fiza bersalin masa Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1. Then, Fiza apply melalui ONLINE pada bulan April. Sebulan selepas kelahiran. Alhamdulillah, segala urusan permohonan dipermudahkan. Status permohonan pun LULUS dan DALAM PROSES PEMBAYARAN. Pada Fiza, better isi selepas bersalin sebab tak perlu nak minta pengesahan daripada doktor. Hanya perlu guna surat discharged selepas bersalin sahaja.

Bulan berganti bulan, sampailah Jumaat last two week iaitu pada 15 Oktober 2020... Fiza try email balik dorang melalui email insentif.ibubersalin@gmail.com untuk bertanyakan status permohonan Fiza balik. Lama sangat dah kan.

Ternyata email tersebut tidak lagi menguruskan apa-apa prihal tentang BIB, sebaliknya telah diserahkan kepada isarawakcare. Petang tu jugak Fiza hantar mesej di page fb iSarawakCare. Alhamdulillah, feedback yang sangat pantas. Hantar, then terus dibalas. 

Informasi

BAGAIMANA CARA NAK SEMAK STATUS BIB SARAWAK TERKINI

Ok! Di sini Fiza nak share jugaklah Cara nak check status BIB tu dah di bayar ke tidak melalui page iSarawakCare.
Pertama bukak https://m.facebook.com/isarawakcare/ 
Kemudian, klik pada hantar mesej. Nanti akan keluar automatik mesej seperti berikut. Isi maklumat yang diperlukan. Dalam beberapa minit mereka akan balas untuk memberitahu apakah status permohonan kita. Samada dalam proses pembayaran ataupun tak. 

Informasi

Alhamdulillah, pada 19 Oktober 2020...Fiza dapat email pembayaran daripada BIB. Selang sehari, RM450 telah dikreditkan ke dalam akaun Fiza. Fiza guna akaun CIMB yer.

Informasi

That it's pengalaman bagaimana Fiza dapat bantuan ibu bersalin Sarawak melalui permohonan secara online. 

#BantuanIbuBersalinSarawak
#iSarawakCare