Assalamualaikum.
Selamat petang. Semalam, masa scroll facebook... Ternampak status seorang ibu ni... yang bertanyakan soalan di page Kelab Ibu Mengandung & Berpantang [Malaysia]. Statusnya berbunyi begini...
#BadanGatalSelepasBersalin |
Salam mommys semua... Ada tak moms lepas bersalin mengalami gatal-gatal? Baby dah 52 days... Saya kena kat tangan dan bahagian tek. Gatal merenyam-renyam. Saya full BF anak. Dah pergi jumpa doc dah. Doc pon tak tau kenapa leh jadi macam ni... Katanya hama.
Pengalaman Mengalami Kegatalan Seluruh Badan Ketika Berpantang Lepas Bersalin
Yes! Fiza pernah alami semasa bersalin anak pertama dan ketiga. Gatalnye tu... Ya Allah, tak tahu nak explain macam mana... Hanya Allah je yang tahu... Dahla masa dalam pantang, memang menganggu sungguh la. Pernah tanya doktor. Doktor kata ia mungkin disebabkan oleh perubahan hormon. Wallahu'alam.
Apa yang Fiza mampu buat. Fiza takdelah pakai cream ke apa. Just mandi macam biasa guna shower antibac, pakaian pun guna t-shirt nipis. Then, elak berpeluh. Seriously, bila berpeluh... Tahap merenyamnya tu... Fuh! Confirm tangan tak kan berhenti mengaru selagi tak puas. Siapa pernah alami... Pasti tahu macam mana rasanye kan. Bertahan jela dengan rasa merenyamnye. 😞😰... 3 minggu jugaklah berlarutan... Pada Penghujung hari berpantang, Ia mulai berkurangan. Tapi, bekas hitam gatal tu... Lama jugaklah nak hilang. Berbulan-bulan.
Alhamdulillah, now... Bekas hitamnya tu totally hilang... Apa yang Fiza buat... Selalu sapu losyen, banyak minum air kosong... Dan makan makanan berkhasiat.
Begitu jugaklah dengan kes rambut gugur. Masalah sementara je tu. Fiza mengandungkan tiga-tiga anak... Semuanya mengalami rambut gugur sebaik sahaja habis berpantang. Tapi, bila anak dah masuk usia 7 bulan... Masalah rambut gugur pun semakin kurang. Tu pengalaman Fiza la.
Biasalah, dari mengandung sampaila bersalin... Macam-macam kaum ibu kena hadap. Tak cukup itu... Nak besarkan anak pun ada cabarannya. Bak kata my mom... Kalau tak nak susah... Jangan beranak. Hahaha...
Ayat berapi sungguh. Kan? Sebijik kena.
3 Comments
Perghh... ayat nang deep alu x disuruh beranak... hahaha... ada juak org mdh gatal ya sbb allergik.. kn kita ada makei ubat kpg ka berkaser ka allergik dgn bahan dlm ya lah... kmk gatal masa peknen jak penah... hehehe
ReplyDeleteSaya pun sama. Dari anak 1st ke 2nd pun kena juga gatal2 ni. Time garu tu uish memang sedap tapi hasilnya kulit jadi merah2. Orang tengok ingat macam kena apa entah. Ada dipanggil kena ludah jin. Wallahualam.. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)
ReplyDeleteahahah dush!
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.