Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1-15 (Akhir) Lakonan Zara Zya dan Aqasha TV3 - Assalamualaikum, malam ni dah start drama terbaru di slot samarinda tv3 tau. Di bawah arahan Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Sebuah drama bersiri berjudul 'Beri Sedikit Waktu' lakonan Zara Zya Dan Aqasha. Ia merupakan drama yang akan menggantikan drama bersiri 'Hati Yang Tersakiti'.
Bila Zara Zya kembali muncul dan bergandingan dengan Aqasha, mesti best kan. Adakah mereka berdua punyai chemistry dalam drama ni? Sama-sama kita saksikan bermula malam ni, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam semestinya di tv3.
Ringkasan Drama Bersiri Beri Sedikit Waktu
Berikut sedikit ringkasan mengenai drama beri sedikit waktu.Drama : Beri Sedikit Waktu
Jumlah Episod : 15
Mula Tayangan : 16 November 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Idea Asal : Insheera Nordin
Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Suhan Movies & Trading
Barisan Pelakon Dan Watak Di Dalam Drama Beri Sedikit Waktu
Selain Zara Zya dan Aqasha, terdapat pelakon lain seperti...- Shahz Jaszle sebagai Farhan
- Farisha Irwayu sebagai Sofia
- Man Raja Lawak sebagai Nasir
- Rayyan Iman sebagai Lukman
- Ummar Dzariff sebagai Imran
- Aryana Amani sebagai Sofea
- Ain Sufia sebagai Elly
- Atikah Suhaime
- Shyrim
- Laila Nasir
Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu
Drama Beri Sedikit Waktu Mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).
Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya.
Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.
Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.
Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.
Hurmmm... Macam best kan? Kebiasaannya la, kalau drama di bawah arahan Suhan Movies... Tak pernah lagi mengecewakan. Tu just pendapat Fiza jela ye.
OST Drama Beri Sedikit Waktu
Lirik Lagu Angkara
nyanyian Siti Nordiana
Aku bagaikan
Merpati di awan
Berkelana di langit tak pasti
Antara bulan
Terlihat jelas rahsia hati
Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini
Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku
Aku pencinta
Ditimbus prasangka
Cukup sudah segala kepalsuan
Sampai waktunya
Ku harus teguh pertahan jiwa
Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini
Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku
Ku bukan yang dulu
Terdiam dan kaku
Hanya berserah Mengenang takdir
Kini aku mampu berlari
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)
Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku
Lirik Lagu Yang Terakhir
nyanyian Heedan Mohd
Ku terima segalanya yang di takdir
Aku yakin pasti ada yang terbaik
Munculnya bidadari penjaga hati
Kan menemaini hari hariku seterusnya
Walau engkau bukan yang pertama
Tiada yang lain lagi
Kembali dalam hidupku
Sayang dengarlah
Aku yakin kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna
Engkaulah cintaku kan hidup selamanya
Kan menemani hari-hariku seterusnya
Walau engkau bukan yang pertama
Tiada yang lain lagi kembali dalam hidupku
Sayang dengarlah…
Aku yakin kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna
Kau ulangkan apa ku lalui
Kau olah segala yang ku beri
Kau dustakan cinta, a a…
Aku yakin kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu,
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna
Karena aku kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna
Walau engkau bukan yang prtama
Aku janji kaulah yang terakhir
Tonton Online Drama Beri Sedikit Waktu
Macam best kan drama ni. Tapi tu la, kekadang bila ada baby ni... Ada jugak masa tak boleh nak layan on time. That why Fiza suka update kat blog. Bila ada masa... Boleh layan. Tak perlu google satu-satu.
Nak dijadikan cerita, dari masa ke masa Fiza akan update link drama ni untuk kita sama-sama tonton secara online.
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
5 Comments
Macam best jak... nak follow tok belum tentu tapi kelak dpt nangga di youtube... hehehehe
ReplyDeleteNang jak, mun kamek drama lepas kul 10 selalu jak sik nangga. Mala nangga di youtube... Ya pun mun reviews orang nangga best. Baruk nangga. Lagik² dah ada Nur Dhia tok... Ada drama tertentu jak dapat follow on time. 😊
Deletedah lama tak layan cerita mlm2. semalam layan juga cerita ni..best
ReplyDeleteHa'ah samalah kita. Tapi untuk first episod semalam, not bad. Best jugak jalan ceritanya.
DeleteLayan juga drama ni :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.