Perkembangan Dan Checkup Anak 8 Bulan Di Klinik Kesihatan Kerajaan - Assalamualaikum. Semalam Fiza bawa baby D untuk monthly checkup. Bulan ni, usianya dah genap 8 bulan. Cepatnya masa berlalu kan.
Checkup Kesihatan Untuk Bayi 8 Bulan
Kami pergi belah petang, so takdelah ramai orang. Seperti kebiasaan, bila nurse panggil. Benda pertama yang akan dilakukan adalah menyukat ketinggian dan menimbang berat bayi. Dari situ nanti, kita akan tahu BMI anak kita normal ke tidak. Alhamdulillah, untuk baby D semuanya normal. Berat pun naik 7.98kg. Menurut nurse yang handle, berat baby D mencapai target seperti di dalam carta berat bayi normal. Jadi, di sini Fiza nak share jugakla carta tersebut sebagai rujukan.
- Bayi minum susu apa?
- Apa makanan yang kita berikan untuk anak? Then, berapa kali dalam sehari.
So far, baby D still breastfeeding. Makan pula, Fiza bagi dua kali sehari. Tengahari sekali, malam sekali. Kemudian breakfast, Fiza bagi sneck seperti buah ataupun campuran oat dan buah. Bila dah kenyang, maka menyusunya kurang. So far, setakat ni tak pernah lagi bengkak susu. Anak-anak sebelum ni pun sama jugak. Fiza percaya susu cukup untuk anak mengikut usia. So, enjoy jela. Doakan semoga susu sentiasa ada untuk baby D yer.
Tips Untuk Naikkan Berat Bayi Yang Fully Breastfeeding
Alhamdulillah, setakat ni baby D makan still habis. Tak pernah lagi tak habis. Rahsianya, Fiza campurkan mirepoix dalam bubur sebagai perasa yang mana mampu menarik selera anak untuk makan.
Apa Itu Mirepoix?
Mirepoix (cara sebutan: meer-PWAH) adalah perasa aromatik yang disediakan dengan memasak bawang, saderi (celery), dan lobak.
Ia adalah salah satu sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan juga untuk perapan.
Sayur-sayuran dimasak perlahan-lahan dengan mentega atau minyak untuk membangkitkan rasa tanpa terlalu garing.
Perkataan mirepoix itu dikatakan berasal dari nama seorang bangsawan Perancis, Duke Charles-Pierre-Gaston François de Lévis, duc de Lévis-Mirepoix, dimana tukang masak beliau dikreditkan dengan mewujudkan campuran ramuan ini sebagai bahan utama masakan Perancis pada abad ke-18.
Resepi, Bahan Dan Cara Untuk Membuat Mirepoix?
Seandainya anak takde selera, tak nak makan ke. Bolehla try buat mirepoix. Siapa tahu, kot-kot boleh bangkitkan selera anak-anak.
Mudah sangat, hanya 3 bahan sahaja yang diperlukan dalam mirepoix untuk bayi iaitu: bawang holland, lobak merah dan saderi.
Formula nisbah bagi ketiga-tiga bahan ini adalah 2:1:1 cawan / mangkuk.
Jom kita tengok resepi mirepoix untuk bayi dan cara penyediaannya langkah demi langkah.
BAHAN-BAHAN
1 cawan saderi (celery)
1 cawan lobak merah (carrot)
2 sudu besar minyak masak
CARA-CARA:
- Pertama sekali, Potong kasar semua bahan di atas.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan hingga kekuningan menggunakan api kecil.
- Tunggu hingga bahan naik bau dan agak layu. Tak perlu terlalu lama.
- Sejukkan seketika.
- Kisarkan semua bahan tersebut.
- Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil dan simpan di bahagian sejuk beku.
- Bila nak tumis makanan bayi, bolehla campurkan mirepoix dalam masakan sebagai penyedap rasa. (Contohnya boleh campur dalam bubur baby, lauk ayam, pasta dan sebagainya.)
NOTA: Mirepoix boleh tahan sebulan hingga 3 bulan jika disimpan dalam freezer (bergantung pada cara penyimpanan.)
Khasiat Di Dalam Mirepoix Untuk Bayi
Mirepoix boleh dijadikan penyedap makanan bayi ; contohnya ditumis bersama ayam dan ikan bagi menaikkan lagi aroma makanan tersebut.
Khasiat mirepoix terletak pada bahan utamanya iaitu bawang, lobak dan saderi.
- Bawang bukan sahaja menambahkan rasa sedap dalam makanan, tetapi ia juga baik untuk kesihatan jantung, meningkatkan sistem imuniti serta tinggi vitamin C.
- Bawang juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap zat besi dari makanan.
- Lobak pula adalah sumber serat, kalium, vitamin A, C dan B yang hebat, bahkan kaya dengan beta-karoten.
- Nutrien ini menjadikan ia bermanfaat untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh bayi, menyokong fungsi hati, meningkatkan kesihatan mata, serta membantu melawan jangkitan.
- Sayuran akar seperti lobak merah juga membantu menghalang pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan membantu sel sedia ada dalam luka penyembuhan.
- Manakala sayuran saderi mengandungi quercetin – flavonoid dengan sifat anti-radang yang membantu melindungi jantung.
- Saderi adalah sumber vitamin A, C, K, antioksidan, kalium, dan zat besi yang membantu mengatur tekanan darah di samping meningkatkan proses perkembangan bayi secara umumnya.
Ok! Itu mengenai mirepoix. Tapi, at the same time. Boleh je add-on sayur-sayuran lain. Untuk baby D, masa 6 bulan haritu Fiza guna teknik 4 hari. Di mana setiap kali makan sejenis sayur,Fiza akan bagi selama 4 hari berturut-turut. So, dari situ kita boleh detect makanan apa yang dia tak boleh makan.
So far, setakat ni baby D boleh makan labu, kentang, sawi, brokoli, lobak merah dan bunga kobis. Dah dua bulan buat rotation manu sama berasaskan sayuran tersebut. So far so good. Bila add-on mirepoix dalam makanan tersebut, Alhamdulillah selera baby D memang terbaik. Paling baby D suka makan bila ditambah ayam atau ikan. Asyik mintak suap je. Hehe... Moga-moga selera dia sentiasa begitu hendaknya. Aamiin...
Perkembangan Bayi 8 Bulan Based On perkembangan Nur Dhia
Baby D dah start Duduk, gigi pun tumbuh dua batang di hadapan bahagian bawah. Baby D start tumbuh gigi masa umur 7 bulan. Masa tumbuh gigi bulan lepas, dua minggu jugak demam on off. Disebabkan risau asyik meragam tak nak makan. Fiza bawa baby D jumpa doktor. Doktor kata baby D tumbuh gigi dua sekaligus. That why, demamnya lama. Apa yang Fiza buat, just monitor suhu jela. Bila suhu naik sampai 37.9°C. Just lap dan mandikan dia 3 kali sehari. Alhamdulillah, selepas dua minggu demam Dhia pun kebah. Tapi, makan still nak bubur halus. Pernah try bagi yang sedikit kasar, tapi still tak nak.
Hurmmm... Sekarang cabaran jugak menjaga Dhia. Pantang nampak benda-benda kecik kat lantai. Bila tak dapat kutip, mesti dia nak jilat. Panjang akal sungguh. So, kena extra care di situ. Dia jugak mulai belajar membuka tangan dan jari-jemarinya untuk menjatuhkan dan melontar objek. Dan... Paling Fiza teruja apabila baby D dah start curi-curi mencium kita. Adus! Boleh cair hati dibuatnya. Apalagi nikmat Allah yang nak didustakan... Kan. Dapat melihat anak-anak membesar di depan mata juga rezeki. right!
Kemudian, baby D dah start jadi 'Ketua Kampung'. Haha... Pusing-pusing meronda di segenap ruang rumah. Selagi dia tak tidur, selagi tu Fiza tak boleh nak buat apa-apa. So, kena belajar LET GO perasaan. Abaikan barang mainan bersepah. Nak tak nak kena pandai uruskan masa. Bila masa nak masak, bila masa nak mandi, bila masa nak sidai baju. Kan?
Baby D mula jadi pemalu bila berjumpa dengan orang yang tidak dikenalinya, kekadang tu boleh buatkan dia menangis. Lagi satu, baby D sejenis yang susah untuk minum air kosong. Apalagi, Fiza guna jela picagari. Haha... Ambik kau. Habis jugak 2oz sekali jalan.
Tu antara lain perkembangan baby D bila usia menginjak 8 bulan. Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza. Pada Fiza, selagi perkembangan anak kita lebih kurang sama dalam carta yang terdapat dalam buku temujanji anak, takde apa yang perlu dirisaukan.
Alhamdulillah, urusan checkup baby D dipermudahkan. Akhir kata, semoga baby sentiasa sihat, dirahmati dan semoga terus membesar sebagai insan berguna buat agama dan negara. Aamiin...
#Check8Bulan
10 Comments
Semoga baby comel terus sihat dam ceria
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTerima kasih atas doanya wak. Wak pun, semoga sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah hendaknya.
Lucu... kecik² dh jd ketua kampung dh dia eh.. hahaha
ReplyDeleteTime nya dah start explore tokla kenak extra care. Barang nak kecik² ya nang x dapat ilap. Semua mok masuk mulut. 😂
DeleteTambah sedap dan berselera ye kalau tambah Mirepoix ni. Ada baby nanti boleh cuba kaedah akak ni.
ReplyDeleteHa'ah Fiza, alhamdulillah baby D hari² habiskan makanan dia apabila diletakkan mirepoix.
DeleteHai kak fiza..
ReplyDeleteLama nya tak terjah sini.. Tau tau dah ada 3 gugirl dah. hehehe
Tu la. Akak pun dah lama yak terjah blog Mimi.
Deletebulatnya mata...
ReplyDeleteawak ingat awak tak minum air mama tak reti nak bertindak ye? mama ada senjata rahsia
Mirepoix tu penyedap masakan. Baby suka...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki anak Kak Fiza fully BF. Naniey masa Naura campur. Aryan ni pun campur tapi banyak bagi formula disebabkan tongue tie die tu.. Tak boleh nak release lagi.
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.