Assaalamualaikum.
Good Night.

Cara Mudah Untuk Dapatkan eStatement Cimb bank Secara Online | Entri ni dah lama dalam draf. Harini baru berkesempatan untuk edit dan kongsikan di sini. Seperti yang pernah Fiza kongsikan, Fiza bersalin anak ketiga pada PKPB fasa pertama. Agak kelam kabut masa tu. Banyak urusan tertangguh, termasuklah permohonan untuk Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Disebabkan pergerakan kita terbatas dan bersyarat pada masa tu, dan permohonan pun boleh dibuat secara atas talian. Apalagi, setelah sebulan berpantang Fiza terus buat permohonan untuk bantuan tersebut. Salah satu syarat permohonan tersebut adalah, si ibu kena sertakan penyata akaun bank yang aktif. Ia bertujuan untuk pembayaran terus secara online sekiranya permohonan berjaya diterima.

Nak dijadikan cerita sebab ambik mudah punya pasal. Fiza printscreen je maklumat akaun bank yang terdapat di aplikasi cimbclicks. Al-maklumlah, setiap urusan yang melibatkan internet banking, Fiza selalu guna aplikasi cimbclicks je. Jadi lupa sekejap tentang e-statement bank yang sebetulnya.

Bila pihak pengurusan BIB check, dorang reject permohonan Fiza. Mereka hantar email kepada Fiza untuk meminta Fiza menghantar semula penyata bank yang sebetulnya. Macam mana nak muat turun penyata bank? Jom Fiza kongsikan.

Ok! Sebelum Fiza tunjukkan langkah demi langkah cara bagaimana nak muat turun e-statement akaun bank cimb. Terlebih dahulu Fiza nak tanya. Korang pernah login cimb secara online? Jika YA, tak mengapa. Bagaimana pulak bagi yang tak pernah lansung buka akaun bank secara online? Boleh ke? Jawapannya BOLEH. 

Ada caranya yang perlu dilakukan terlebih dahulu. 

Cara Daftar CIMB Clicks 

[Buat Akaun Dulu, Baru Register Online

Ok! First things first, Sekiranya korang mempunyai akaun bank CIMB dan ingin memulakan perbankan Internet menggunakan servis CIMB Clicks, apa yang harus dilakukan? Apa langkah-langkah yang perlu diikuti. Di bawah merupakan langkah-langkahnya. 

Senarai semak
Pertama sekali, korang perlulah:
  1. Mempunyai akaun CIMB serta Kad Debit CIMB Bank (Kad ATM)
  2. Mendapatkan E-PIN/ATM PIN dan mendaftarkan nombor telefon korang terlebih dahulu dengan menggunakan mesin ATM CIMB.
  3. Sila rekodkan E-PIN korang bagi memudahkan korang mengingatinya.
Cara dapatkan E-PIN/ATM PIN
Dah ada buku bank kan. Seterusnya...
  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB yang berfungsi dan masukkan kad ATM korang.
  2. Masukkan nombor pin enam digit kad ATM CIMB korang.
  3. Pilih Others.
  4. Pilih CIMB Clicks, kemudian diikuti dengan TAC Registration.
  5. Tetapkan E-PIN/ATM PIN korang.

Cara daftar nombor telefon

Setelah menetapkan E-PIN/ATM PIN, barulah korang boleh daftar nombor telefon.
  1. Masukkan nombor telefon bimbit dan daftarkan nombor telefon korang.
  2. Korang akan menerima slip/resit yang menyatakan pendaftaran korang telah berjaya.
  3. Kemudian, korang akan masuk ke fasa seterusnya iaitu fasa pendaftaran akaun CIMB Clicks secara atas talian.
Cara daftar CIMB Clicks
  1. Layari laman web https://cimbclicks.com.my. Korang akan dibawa ke laman hadapan CIMB Clicks.
  2. Pada bahagian atas laman, tekan butang Register for CIMB Clicks.
  3. Pada laman seterusnya, terdapat dua pilihan; CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD serta INVESTMENT, LOAN/FINANCING. Pilih butang CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD.
  4. Pada bahagian bawah butang, tertera beberapa ruangan untuk diisi.
  5. Pada ruangan ATM/Debit/Credit Card Number, masukkan nombor kad debit 16 digit korang.
  6. Pada ruangan ATM PIN, masukkan nombor E-PIN/ATM PIN yang diperoleh ketika pendaftaran di mesin ATM.
  7. Pada ruangan Enter text as per above, masukkan ayat/perkataan/digit yang korang lihat dalam kotak di atas ruangan tersebut.
  8. Tandakan pada kotak untuk Terms & Conditions.
  9. Tekan butang Next.
  10. One Time Activation Code akan dihantar secara SMS ke telefon pintar korang. Sekiranya korang tidak mendaftar di mesin ATM terlebih dahulu, korang tidak akan mendapat activation code.
  11. Masukkan nombor One Time Activation Code tersebut pada ruangan seterusnya.
  12. Klik butang Continue.
  13. Pada laman seterusnya, pada ruangan ID, masukkan username atau nama yang korang ingin gunakan untuk akaun CIMB Clicks korang.
  14. Pada ruangan Password, masukkan kata laluan yang korang ingin gunakan untuk akaun ini. Kata laluan ini perlulah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara)
  15. Pada ruangan Re-enter Password, masukkan semula kata laluan yang korang baru sahaja cipta untuk akaun korang.
  16. Pada ruangan Mother’s Maiden Name, masukkan nama ringkas ibu korang. Disyorkan korang menggunakan nama panggilan untuk ibu korang serta nama panggilan untuk bapa kepada ibu korang. 
  17. Pada ruangan Email Address, masukkan emel korang.
  18. Pada ruangan Create Your Secure Word, masukkan apa sahaja perkataan yang korang ingin gunakan sebagai langkah keselamatan untuk akaun korang. Misalnya, 
  19. Pastikan korang simpan semua rekod maklumat di atas untuk rujukan pada masa hadapan.
  20. Pada laman seterusnya, kosongkan semua ruangan kerana bahagian ini, yang merupakan bahagian Enter Your Introducer’s Details tidak perlu diisi (optional).
  21. Klik butang I agree & submit.
  22. Proses pendaftaran anda berjaya. 

Video Cara mendaftar CIMB Clicks melalui aplikasi mudah-alih

 
Sumber : CIMB Malaysia

Once korang dah berjaya daftar cimbclicks, dah boleh dah muat turun penyata akaun. Tapi, bagi yang tak dapat nak download penyata akaun. Korang boleh dapatkan penyata bank secara terus di kaunter Cimb bank je. Agak lecehla jugak kerana terpaksa menunggu giliran. Kan? 

Muat turun statement bank Cimb Dengan Mudah Melalui Cimbclicks

Bila dah ada User ID dan password untuk cimbclicks. Seterusnya, Fiza akan tunjukkan pulak cara bagaimana nak download e-statement bank cimb. Selalu kita dengar orang akan guna laptop atau desktop untuk urusan bank atas talian kan. Tapi zaman sekarang, orang lebih suka guna handphone atau tablet je. Senang dan mudah.

Jadi, Apa yang Fiza kongsikan ni, Fiza download bank statement cimb Fiza dengan menggunakan tablet je. Takde masalah sebenarnya. Guna handphone pun boleh. Apa yang penting, dalam handphone atau tablet korang mestilah ada aplikasi browser seperti google chrome, mozilla atau internet explorer. Tapi untuk cara Fiza ni, Fiza akan gunakan browser google chrome untuk download bank statement cimb Fiza.

Jom! Fiza tunjukkan caranya. 

#1. Pertama sekali, buka browser chrome di tablet. Taipkan link page cimb. 
#2. Kemudian, Isikan User ID dan password yang betul.

cara muat turun penyata akaun bank cimb

#3. Seterusnya, klik pada butang myaccount seperti yang ditunjukkan di dalam gambar dibawah.
#4. Setelah itu, klik pada button (...) yang bertitik tersebut.

cara muat turun e-statement cimb

#5. Kemudian,di bawah tanda titik tersebut akan keluar submenu dari edit nickname sehinggalah view/eStatement seperti di dalam gambar di bawah.
#6. Untuk muat turun atau melihat e-statement bank cimb, just klik pada button terakhir iaitu view/download eStatement. Jadi, di situ kita boleh semak baki akaun cimb kita dan dalam masa yang sama kita boleh lihat setiap transaksi yang pernah kita lakukan. 


cara download penyata bank cimb

#7. Klik pada button search untuk pilih bulan berapa korang nak dan
#8. Akhir sekali, untuk muat turun eStatement bank cimb korang, click pada butang download as pdf seperti di dalam gambar di bawah. Mudah kan?

downlaoad estatement bank

CONTOH BANK STATEMENT BANK CIMB

Nilah contoh penyata atau statement bank cimb yang berjaya Fiza muat turun. Sangatlah mudah. Betul tak?

Contoh

Pada Fiza, musim pendemik ni sekiranya sesuatu urusan tu boleh dilakukan secara online. Better buat je secara online. Boleh jimatkan masa dan tenaga. Paling penting, keselamatan pun terjamin. Namun, andainya ada keperluan yang mendesak. Tak ada peranti untuk melakukan perkhidmatan atas talian, nak atau tak kena jugak ke kaunter bank. Kan?

Alhamdulillah, settle satu urusan Fiza. Duit bantuan pun dah masuk. Semoga apa yang Fiza kongsikan akan memberi manfaat buat semua. Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan, bolehla tinggalkan komen ye. In Shaa Allah, Fiza akan bantu korang semampu yang boleh.


#CimbBankStatement
#PenyataAkaunBankCimb