Assalamualaikum.
Good Afternoon.
Cara simpan sayur taugeh agar tahan lama dan masih segar | Anak-anak dan suami Fiza cukup suka makan sayur taugeh, sampaikan masak mee goreng pun masukkan juga sayur taugeh. Pendek kata, tak sah kalau tak membeli taugeh bila ke market basah.
Kekadang tu encik suami beli sampai boleh makan dua tiga hari. Sebenarnya, tempat Fiza agak susah jugak nak dapatkan taugeh segar. Jadi, bila dah jumpa tu yang beli sampai duatiga ringgit. Pendek kata, boleh buat makan seminggu.
Sayur Taugeh Cepat Rosak Dan Hitam
Siapa penggemar taugeh, pasti tahu akan kekurangan sayur tersebut. Salah cara simpan, boleh menyebabkan sayur taugeh cepat rosak, berbau, lembik dan hitam. Betul tak?Tak kurang juga, ada yang beranggapan bahawa tauge antara sayur yang mesti dimasak segera. Jika tidak, ia akan rosak. Kan! Fiza dulu pun, masa tak tahu cara simpan. Mesti masak terus je. Memang takde dah nak simpan-simpan.
Sebenarnya, anggapan tersebut ada solusinya. Nak simpan taugeh supaya sentiasa segar dan masih rangup ada caranya. Petua ni makcik Fiza yang kongsikan. Just guna asam keping sahaja. Tapi ada jugak yang sebut asam gelugur. In Shaa Allah, sayur taugeh yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan. Bukan itu je, teksturnya pun masih segar dan rangup.
Simpan Taugeh Dengan Asam Keping, Boleh Tahan Seminggu
Caranya mudah sahaja...
- Pertama, cuci bersih taugeh.
- Kemudian, rendamkan di dalam bekas yang berisi air. Pastikan taugeh tersebut dipenuhi air sampai semua taugeh terendam habis.
- Akhir sekali, masukkan sekeping asam keping/gelugur dan bolehla disimpan terus ke dalam peti sejuk di bahagian tempat penyimpanan sayur.
Inilah hasilnya...
Mudah kan? Semoga bermanfaat buat semua.
4 Comments
sama cara kita... kmk br tauk juak makei asam gelugor tok ria.. bila coba nang menar juak tahan!!
ReplyDeleteAok. Kamek dah lamak juak ngamal, nang tahan.
Deletenice tips.. tapi selalu togeh kat rumah ni x tahan sbb hari nak guna baru beli. hehe..
ReplyDeleteThank you.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.