Assalamualaikum.
Good Night.
Kwetiau goreng simple pun sedap | Beginila rutin Fiza. Malam-malam je boleh update blog. Siang memang takde masa lansung. Kalau blogwalking pun, selalu sangat jadi silent reader. Sabar jelah. Kan!
Entri kali ni Fiza nak share cerita pagi tadi. Alhamdulillah, pagi tadi breakfast dengan kwetiau goreng dan sandwich kosong. First time tau, Fiza masak kwetiau. Not bad. Walaupun simple, encik suami boleh pulak kata sedap. Haha... Saja kot nak sedapkan hati isteri. Kan?
Tapi... Seriously, 1 pek kue teow Fiza masak habis licin. Haha... Sahla tu sedap kan. Betul tak?
Korang jangan pulak gelak, bila Fiza cakap first time masak kwetiau goreng. Sebenarnya, Fiza tak gemar pun makan kwetiau. That why, tak pernah makan ataupun beli. Entah! Dah bosan makan bihun goreng dan mee goreng kot. Tu yang encik suami mintak masakkan kwetiau pulak.
Bagi Fiza la kan, nak masak kena berani walaupun first time masak sesuatu menu tu. Fiza tawakal je, masak macam buat bihun goreng dan mee goreng. Then, sambil masak tu bacakan doa supaya apa yang kita masak tu menjadi. Hahaha... Boleh pulak gitu kan.
Tiba-tiba teringat pulak dengan pesanan arwah nenek. Masak kena IKHLAS. Walaupun masaknya main campak-campak, bila kita ikhlas. In Shaa Allah, lauk simple pun boleh jadi satu menu yang menyelerakan. Mudah-mudahan hendaknya.
Resepi Kwetiau Goreng Letak Telur Je
Ok! Before muqadimah panjang berjela, lebih baik Fiza teruskan dengan point utama entri malam ni... Iaitu nak kongsikan Resepi Kwetiau goreng simple je sebenarnya. At least boleh tambahkan koleksi resepi di blog Fiza ni. Yelah! Kekadang resepi simple macam ni pun ada ramai jugak orang mencari. Al-maklumlah, kekadang bila barang dapur dah berkusut... Nak masak pun jadi takde mood, mulalah mencari resepi yang mudah dan bahannya pun sikit. Hehe... Based on pengalaman sendiri jugaklah sebenarnya... Lebih-lebih lagi kalau dah seminggu tak beli barang basah. Maka... Mencarilah resepi based on barang yang ada kat dapur. Tapi kali ni, ada je ayam sotong kat dalam freezer. Cuma, nak tengok sedap ke tak kwetiau buat biasa-biasa je takde add-on banyak seafood... Kiranya nak buat kwetiau bodo² letak telur je.Ok! Untuk bahan...
1 pek kue teow
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1-2 biji telur
Kobis dipotong halus
Carrot dihiris halus
Bawang goreng
Cili merah
Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara masaknya pulak...
Pertama, Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga betul-betul garing dengan api perlahan. Bila dah naik bau. Masukkan kicap dan segala jenis sos serta sedikit air. Tumis lagi sehingga terbit minyak. Masukkan sayur dan cili merah. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Bila telur dah hampir masak. Masukkan pula kwetiau. Goreng sampai masak. Dah masak, bolehla taburkan bawang goreng di atasnya.
Mudah kan? Sedap! Makan panas-panas.
Alhamdulillah, rezeki harini habis licin. Nampaknye, lepas ni bolehla try macam² resepi kwetiau. Kan?
Nota Kaki : Kwetiau adalah mee lebar berasaskan beras.
#KwetiauGoreng
12 Comments
betul tu.. resepi yang simple tu kadang2 licin kita makan..
ReplyDeleteKan... Hehe.
DeleteAda sos tiram memang selalunya akan jadi sedap punyalah 😎👍🏻
ReplyDeleteSetuju sangat. Selalu macamtu la, letak sos tiram confirm sedap. That why, kat rumah Fiza sos tiram wajib ada. 😊
DeleteFav anak² kmk tok kueytiaw goreng.. engkah kerang dlm tin nyaman juak.. tp mun mok agik adventure beli ktk pes char kuey tiaw.. x perlu dh mkn CKT di kedei
ReplyDeleteYah. Bagus idea kitak. Kelak kamek try carik pesnya. Makseh atas info kitak Mim.
DeleteSetuju sangat tu kak, kena ikhlas dan berani nak cuba. Lama lama nanti menjadi lah kan. Nampak sedap kuew teow akak masak. haruslah sedap habis sebungkus kan :)
ReplyDeleteTula.. Seni memasak ni kena asah selalu. Bila dah selalu in shaa Allah akan mahir hendaknya.
DeleteHehehe..
Tahniah Fiza, up satu lagi level memasak.
ReplyDeleteSaya pun tak pernah goreng kue teow tapi sebenarnya puas hati masak sendiri.
Thanks... Takde apa yang menarik sis. Cuma, bila makanan yang kita masak sendiri habis anak-anak dan suami makan... Ia suatu nikmat yang tiada tandingan. Satu kepuasan bagi diri.
DeleteKadang2 yang simple macam ni lah yang selalu terliur & sedap bila makan 👍🏻 thanks for the recipe :)
ReplyDeleteTu la... Selalunya menu yang simple la buatkan kita bertambah-tambah makan.
DeleteSama².
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.