Anak-anak Fiza sejenis yang mudah goyah melihat iklan, lebih-lebih lagi iklan yang melibatkan aiskrim. Semalam, bila melihat iklan aiskrim KitKat Gold lalu di layar tv. Terus mintak dibelikan.
Bila ayah dorang kata takde duit, masing-masing sanggup keluarkan duit tabung masing-masing. Padahal, encik suami main-main je dengan dorang. Haha...
Encik suami pula sejenis suka beli jiwa anak-anak. Tak sangka, petang semalam kami berpeluang merasai aiskrim KitKat Gold sebijik seperti dalam iklan.
Mesti ada yang tanya, Di mana nak beli aiskrim KitKat Gold ni? Kan? 🤣🤭
Ala, rasanya kat kedai-kedai biasa pun dah ada dijual. Encik suami beli pun di kedai runcit biasa je.
Harga untuk sebungkus aiskrim kit kat gold ni adalah RM4.50 sahaja.
Feedback Mengenai Packaging, Harga Dan Rasa Aiskrim KitKat Gold
Bila bukak je bungkusan aiskrimnya. Korang akan nampak aiskrim wafer yang begitu lazat, disaluti dengan coklat putih bersama cebisan wafer KitKat dan kepingan karamel!
Sumpah! Tergoda habis untuk merasanya.
Seiring dengan bungkusannya yang begitu cantik yang mana boleh menyebabkan aiskrim ni menjadi viral. No wonder semalam masa encik suami beli, tinggal beberapa batang je lagi. Tuan kedai kata, laku keras. Nasib baik encik suami sempat beli.
Tu based on pandangan mata ek. Bagaimana pulak bila dimakan. Sedap tak?
Hurmmm...
Pada pandangan Fiza lah ye. Sedap! Tang tu tak dapat nak dinafikanlah ye. Terutamanya lapisan luarnya yang begitu rangup. Duh! Meleleh air liur bila terkenangkannya balik. 🤣😂😂
Tapi, sangat manis bagi Fiza. That why, Fiza lebih suka makan aiskrim yang dalam bekas seperti aiskrim durian Musang king. Boleh makan dengan roti kosong. Hehe...
Part harga, rasanya standard la dengan harga aiskrim zaman sekarang. Kan? Takde isu rasanya.
Korang dah rasa aiskrim ni?
#AiskrimViral
#KitKatGold
4 Comments
Nampak sedap tapi tak berpeluang untuk cuba lagi.
ReplyDeleteSedap Jannah. Kalau yang suka manis In Shaa Allah memang menepati selera.
DeleteNampak sedap tu, boleh cheq try nanti bila ke kedai 7E 🤓
ReplyDeleteTry la Suerin, sedap. 🙂
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.