Assalamualaikum.
Good Morning.
Bihun Goreng Singapore, letak Sardin Smiling Fish | Last weeks, Fiza terlihat friendlist Facebook share satu resepi bihun goreng sardin yang sangat mudah dan sedap katanya. Hurmmm... Rasanya, tak pernah lagi Fiza cuba. Kalau nasi goreng sardin tu adalah. Rasanya pun not bad.
Baca Juga : Cara buat nasi goreng sardin, simple Dan mudah
Bihun goreng Singapore sardin smiling fish
So, pagi tadi masa nak sediakan menu sarapan. Teringat pulak resepi di Facebook tu. Apalagi, terus sediakan bahan untuk memasak. Antara bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
- Sebungkus bihun yang telah dilembutkan
- 1 tin sardin smiling fish yang telah ditapis biji cilinya
- Sebiji telur
- Lobak merah yang dihiris halus
- 4 Bawang merah ditumbuk halus
- 5 biji bawang putih ditumbuk halus
- Perencah Maggie secukup rasa
- Dua sudu minyak untuk menumis
Cara masaknya pulak.
Pertama, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
Kemudian, pecahkan telur dan masukkan sardin.
Masukkan lobak merah dan bihun.
Akhir sekali, pekenakan dengan perasa Maggie secukup rasa.
Sangat mudah. Kan?
Actually, bihun yang Fiza buat ni tak pedas ye sebab anak-anak pun nak makan. If korang nak pedas, boleh tambahkan cili. Begitu jugak sayur, boleh letak daun kubis, taugeh dan daun bawang.
Sedap tak bihun Singapore letak Sardin?
Secara jujurnya, pada Fiza lagi sedap sardin kalau digoreng dengan nasi. Tu based on selera anak tekak Fiza ye. Lain orang, lain citarasa. Maybe, kalau add-on dalam tu sotong, kerang ke mungkin lagi sedap. Betul tak? Nanti, ada masa Fiza try letak banyak lagi jenis sayur dan seafood. Kita tengok sedap ke tak. 😂🤣
Apa-apa pun, Fiza dah try buat bihun goreng sardin. Korang pernah buat tak?
#BihunGorengSardin
6 Comments
salam cikgu., pasni cikgu leh try bihun harimau menangis pulak., hehehe
ReplyDeleteAda jugak terbaca pasal harimau menangis tu. Tapi, tak naklah ulas. Hehe...
DeleteIn shaa Allah, nanti ada masa boleh try resepi daging harimau menangis tu.
First time dengar menu bihun goreng singapore letak sardine. gerenti sedap ni
ReplyDeleteAkak baru try Fiza, ada orang share di Facebook. Not bad lah rasanya. 🙂
DeleteErr taktahu nape sis kurang gemar guna sardin untuk masak benda lain selain menikmatinya dgn nasi panas2. hehe.. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)
ReplyDeleteSama macam adik Fiza, dia sejenis yang Tak Suka makan sardin dengan benda lain Selain dari nasi panas. 🙂
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.