Blender atau chopper merupakan barangan elektrik yang menjadi satu keperluan di dalam rumah.
Ia sangat memudahkan kerja-kerja untuk menyediakan bahan-bahan masakan.
Walaubagaimana pun, kalau dah lama digunakan sampai dua tiga tahun. Sudah pastinya mata blender atau chopper akan menjadi tumpul. Betul tak?
Adakah korang akan ganti mata pisau blender/chopper korang? Atau beli yang baru? Ke cuba untuk mengasahnya.
Baca Juga : Cara asah pisau dengan mudah
Teknik Mengasah Blender/Chopper Agar Sentiasa Tajam
Di sini, Fiza nak share cara yang berkesan untuk mengasah pisau blender atau chopper agar menjadi tajam semula. Bahan yang diperlukan hanyalah garam kasar sahaja ye. Seperti yang Fiza tunjukkan di dalam gambar.
Kisarkan seperti biasa. Kisar kering ye. Tak payah letak air. Selama 15 minit lebih kurang.
Kemudian, cuci seperti biasa. In Shaa Allah, dengan izin Allah ia akan kembali tajam.
Mudah sangat.
Betul tak?
Untuk kekalkan ketahanan blender atau chopper pula, cara bersih juga kenalah betul.
Selepas cuci, pastikan peralatan blender/chopper terutamanya bahagian mata pisaunya, kenalah dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan. Jadi, takdelah berkarat.
Bila berkarat tu la yang membuatkan pisaunya menjadi tumpul.
Semoga apa yang Fiza kongsikan di sini akan memberi manfaat buat kita bersama. Mudah-mudahan hendaknya.
4 Comments
tips berguna ni sis.. thank you..
ReplyDeletepenah la main buang je blender tu hehe.. zaman x reti sngt..
Sama-sama. Alhamdulillah, guna cara ni In Shaa Allah ia akan membantu.
DeletePernah terbaca tips ni
ReplyDeleteYup! Betul tu wak, ramai yang guna kaedah ni. So far, Alhamdulillah, berhasil. 🙂
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.