Assalamualaikum. 
Good morning

Cara Betul Menyimpan Tauhu Agar Tahan Lama Di Dalam Peti Sejuk - Ramai dari kita, bila nak masak tauhu mesti beli cukup-cukup untuk sekali hidangan. Betul tak? Tak nak simpan atas sebab, takut tauhu tersebut cepat rosak. kalau rosak, mesti membazir. Kan? 

Tahukah korang, sebenarnya ada cara untuk menyimpan tauhu agar masih elok dan tahan lama. 


PERIKSA TEKSTUR TAUHU SEBELUM BELI

Sebelum disimpan, kena jugak kenalpasti tauhu yang kita beli tu masih elok ke tidak. Caranya... 
  1. Pertama, pastikan tekstur tauhu tersebut masih segar, kental bila ditekan dan tidak berlendir. 
  2. Kemudian, cium bau tauhu tersebut. Jika berbau masam. Jangan beli. That it's. 
Petua

CARA MENYIMPAN TAUHU 

Actually, tempat Fiza susah nak dapatkan tauhu buatan muslim. Bila ada yang menjual, Fiza akan beli lebih dan nak tak nak kena simpan jugak lebihannya. 

Di sini Fiza nak share jugaklah cara Fiza menyimpan tauhu supaya kekal elok walaupun di simpan sehari dua di dalam peti sejuk. 
  1. Pertama, kena cuci bersih-bersih dahulu tauhu. Tak perlu dipotong. Masukkan di dalam bekas bertutup. Isikan air penuh menutupi tauhu tersebut. Kemudian, masukkan di dalam peti sejuk di bahagian bawah sejuk beku. Tukar air setiap hari ye. In Shaa Allah boleh bertahan dua ke tiga hari. 
  2. Seandainya tauhu tersebut berbau masam. Jangan dibuang dulu ye. Petua my mom, boleh rebus dengan air yang mendidih lebih kurang 5 minit. In Shaa Allah, tauhu tersebut akan kembali segar. 
Mudah sangat. Selamat mencuba. Oh! Ya, jika korang ada cara lain untuk menyimpan tauhu. Sila-sila la kongsikan di ruangan komen ye. 😊