Assalamualaikum.
Good Morning.

Nasi goreng kicap ikan bilis - Dah lama tak makan nasi goreng, tetiba semalam selepas makan malam encik suami request nasi goreng untuk breakfast pagi ni. Katanya nak nasi goreng kicap, style kampung yang Fiza selalu buat.

Resepi

Resepi Nasi Goreng Kicap Ikan bilis

Hurmmm... Pagi-pagi lagi dah bangun masak nasi. Dah siap, start pulak sediakan bahan untuk digoreng. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat nasi goreng kicap stail Fiza ni adalah seperti berikut :-
  1. Nasi
  2. Ikan bilis yang telah dibuang kepala dan tulang 
  3. 4 biji bawang merah yang telah ditumbuk
  4. 3 biji cili padi yang telah ditumbuk
  5. Kicap dan
  6. Minyak 
Cara membuatnya pulak...
  1. Pertama, panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing Dan ketepikan.
  2. Kemudian, tumiskan bawang Dan cili sehingga Naik bau. Masukkan balik ikan bilis dan nasi.
  3. Perasakan dengan kicap dan gaul sehingga masak. Lagi lama digaul lagi sedap.
Mudahkan? Bahan yang diperlukan untuk membuatnya pun sikit.

Bila dah masak nasi goreng kicap ni, menu yang sesuai untuk dimakan bersama mestilah telur goreng mata lembu ataupun telur rebus.


Menu

Tapi, untuk breakfast kali ni... Teringin pulak nak makan dengan telur goreng. Maka terhasillah telur mata kerbau yang tak berapa nak menjadi. Haha...

Alhamdulillah, semua pakat kata sedap. Masing-masing kekenyangan. Hurmmm... Lunch pulak, tak tau lagi nak masak apa. 🤔🤭

Any ideas?