Assalamualaikum.
Good Morning.
Nasi goreng kicap ikan bilis - Dah lama tak makan nasi goreng, tetiba semalam selepas makan malam encik suami request nasi goreng untuk breakfast pagi ni. Katanya nak nasi goreng kicap, style kampung yang Fiza selalu buat.
Resepi Nasi Goreng Kicap Ikan bilis
Hurmmm... Pagi-pagi lagi dah bangun masak nasi. Dah siap, start pulak sediakan bahan untuk digoreng. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat nasi goreng kicap stail Fiza ni adalah seperti berikut :-
- Nasi
- Ikan bilis yang telah dibuang kepala dan tulang
- 4 biji bawang merah yang telah ditumbuk
- 3 biji cili padi yang telah ditumbuk
- Kicap dan
- Minyak
Cara membuatnya pulak...
- Pertama, panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing Dan ketepikan.
- Kemudian, tumiskan bawang Dan cili sehingga Naik bau. Masukkan balik ikan bilis dan nasi.
- Perasakan dengan kicap dan gaul sehingga masak. Lagi lama digaul lagi sedap.
Mudahkan? Bahan yang diperlukan untuk membuatnya pun sikit.
Bila dah masak nasi goreng kicap ni, menu yang sesuai untuk dimakan bersama mestilah telur goreng mata lembu ataupun telur rebus.
Baca Juga : Cara membuat nasi goreng dabai
Tapi, untuk breakfast kali ni... Teringin pulak nak makan dengan telur goreng. Maka terhasillah telur mata kerbau yang tak berapa nak menjadi. Haha...
Alhamdulillah, semua pakat kata sedap. Masing-masing kekenyangan. Hurmmm... Lunch pulak, tak tau lagi nak masak apa. 🤔🤭
Any ideas?
10 Comments
Menu simple tapi sedap. Telur mata kerbau memang sesuai dimakan dengan nasi goreng kan.
ReplyDeleteKan. Anak² akak semua pakat bertambah-tambah nasi bila ada telur. 🤭
DeleteNampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alhamdulillah wak, lalu dengan jayannya kat anak tekak. Terima kasih wak.
DeleteKmk masak kari ikan tek.. selesai dah selamat semua kekenyangan
ReplyDeleteNyaman eh Kari ikan. Alu rasa mok molah Kari ikan juak bila ngenang.
Deletesimple je menu tapi sedap makan panas2 :)
ReplyDeleteKan. Akak Suka makan nasi goreng panas² lagi-lagi bila ada teh o panas. Duh! Boleh hancur diet dibuatnya. 🤭
DeleteSedapnya.. Tapi selalu fail buat. Rasa tak sedap macam makan yang orang lain masak. Lol
ReplyDeleteHa'ah Kan... Selalu kalau orang lain buat mesti sedap.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.