Assalamualaikum.
Good Afternoon.
Pucuk Manis Tumis Taugeh Letak Tauhu - Antara menu hidangan makan tengahari yang sempat Fiza masak. Alhamdulillah, suami dan anak-anak Fiza cukup suka makan sayur pucuk manis. Lagi-lagi dimasak bersama taugeh dan tauhu.
Pengenalan Tentang Pucuk Manis
Pucuk manis atau dikenali juga dengan nama lain seperti taruk manis, cekur manis, asin-asin, sweet leaf bush (inggeris), mani cai (cina), rau ngot (Vietnam) atau nama saintifiknya Sauropus androgynus merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Tergolong dalam keluarga Euphorbiacea, daun cekur manis selalunya dijadikan sayur dalam masakan atau pun boleh juga dijeruk.
Tapi, Fiza tak pernah lagi buat atau makan jeruk pucuk manis. Sedap ke tak? Tak taulah. Sebab biasa, Fiza buat sayur je.
Selain masak tumis campur taugeh dan tauhu, Fiza jugak suka masak pucuk manis dan labu dengan santan. Sedap haihh bila makan dengan ikan masin. Bolehnye tak toleh kiri kanan walaupun makan berlaukkan dua menu tu je. Kan!
Fiza suka makan sayur pucuk manis ni bersebab. Pada Fiza pucuk manis mampu membanyakkan susu. Kiranya macam milk booster la bagi Fiza. Alhamdulillah, setakat harini Nur Dhia still menyusu badan. In shaa Allah, andai ada rezeki. Fiza akan teruskan penyusuan sampaila umur Dhia 2 tahun. Mudah-mudahan ada rezeki buat Dhia. Eh! Panjang pulak cerita bab menyusu ye, padahal nak bual pasal menu tengahari je.
Actually, ramai yang tak boleh makan pucuk manis. Bila makan mesti pening. Dalam Family Fiza, adik pompuan, mak dan mak mertua memang tak makan sayur pucuk manis. Kata dorang, bila makan je mesti kepala jadi ting tong... Pening! Kenapa ek?
Cuma...
Fiza pernah terbaca di beberapa artikel yang mengatakan bahawa, pengambilan air cekur manis secara berlebihan akan mengakibatkan kerosakan pada paru-paru. Ini disebabkan kepekatan tinggi alkaloid papaverine yang terkandung di dalam cekur manis. Tu based on kajian yang telah dibuat di Taiwan. Sejauh mana kebenarannya, Wallahu'alam.
Namun, agama kita mengajar kita untuk besederhana. If kita tak makan dengan berlebihan, In Shaa Allah tak akan datang kemudaratan. Kan? So, tak perlu la nak makan hari-hari. Betul tak?
Pucuk Manis Digunakan Dalam Perubatan Traditional
Fiza jugak ada terbaca tentang Pucuk manis ni digunakan untuk memperbanyakkan susu ibu dengan menumbuk hingga lumat daunnya dan ditampal pada payudara ibu hingga kering.
Tapi, Fiza tak pernah lagi try. Kalau makan tu adalah. So far, lepas makan memang nampak jugaklah susu akan meriah. Tapi, takdelah semeriah masa dalam pantang. Kiranya, cukup untuk Nur Dhia.
Selain dari itu, air rebusan cekur manis juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi atau kencing tidak lawas. Manakala air rebusan akarnya boleh juga merawat demam serta rosak pundi kencing.
Yang ni pun, Wallahu'alam benar atau tidak. Tapi, Bagi Fiza selagi tak memudaratkan apa salahnya kita makan. Kan? Sayur kan bagus. Cumanya, janganlah diambik secara berlebihan.
Resepi Pucuk Manis Tumis, Letak Taugeh Dan Tauhu
Before, Fiza akhiri entri kali ni. Fiza nak share jugaklah resepi Pucuk manis masak tumis letak tauhu dan taugeh ni. Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
- Pucuk manis
- Dua genggam taugeh
- 2 biji tauhu
- 3 Ulas Bawang merah ditumbuk halus
- 4 Ulas Bawang putih ditumbuk halus
- 2 biji cili ditumbuk halus
- Sedikit ikan bilis ditumbuk halus
- 2 sudu teh minyak untuk menumis
- Perencah secukup rasa maggie Dan
- Sedikit air
Cara Penyediaan :-
- Pertama, panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk.
- Bila dah naik bau, masukkan tauhu dan taugeh. Kemudian, masukkan pucuk manis yang telah diramas.
- Masukkan sedikit air dan perasakan dengan sedikit perencah secukup rasa Maggie. Siap!
Sangat mudah. Kan?
#ResepiMudah
6 Comments
Kalau tekak jawa macam wak ni, kena letak tempe juga.
ReplyDeleteO... First time dengar letak Tempe wak. Fiza makan jugak Tempe. Tapi, yang sambal bubuh ikan bilis jela. 🙂
DeleteNyaman tok.. kmk mun taugeh suka campur sayur sawi & tahu.. engkah udang banyak.. tauge sikboh layu gilak... adehhh ratah ajak pun nyemss
ReplyDeleteHuhu... Bena kata kitak mem. Kamek pun suka juak masak gia. Nyaman di ratah gia ajak. Kadang alu sik makan nasik olehnya. 🤭
DeleteSedapnya pucuk manis. Biasa tumis sayur pucuk manis je tak campur taugeh campur tauhu. Tumis taugeh campur tauhu tu biasa. ini kira menu rare pada saya.
ReplyDeleteSedap Fiza. Akak suka buat gini. Hehe...
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.