Assalamualaikum. 
Good morning

Selamat menyambut tahun baru 2021 | Pejam celik, pejam celik harini dah 1 Januari 2021. Tahun 2020 berlalu pergi begitu pantas kan. Dulu, sebelum melangkah ke tahun 2020. Kita dibayangkan dengan kereta terbang. Tapi, manusia hanya mampu merancang. Hanya Allah yang berhak menentukan segala apa yang berlaku di muka bumi ni. 

Tahun baru 2021
Photo by Olya Kobruseva from Pexels

Sepanjang tahun 2020, negara kita dilanda wabak Convid-19. Moga-moga tahun 2021 ni, wabak tersebut hilang hendaknya. Aamiin... 

Apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. 

Walaupun negara dilanda wabak Convid-19, ada jugak kenangan manis Fiza last year. Kehadiran Nur Dhia dalam hidup kami cukup menggembirakan. First time, bersalin tanpa ditemani keluarga akan menjadi satu kenangan yang tak kan dapat Fiza lupakan. 

Hurmmm... Seperti tahun lepas, tahun ni pun kami takde aktiviti untuk sambutan tahun baru. Penat jalan jauh, jam 8.30 malam Fiza dah terbongkang tidur. Haha... 

Apa azam untuk tahun baru 2021?

Azam? Rasanya takde azam, cuma harapan yang disandarkan. In Shaa Allah nak cash out adsense tiap-tiap bulan. Doakan fiza ye. Moga istiqomah untuk update blog setiap hari. 

Apa-apa pun, untuk first Januari. Simple update dari Fiza. Selamat tahun baru semua. 

Apa azam tahun baru korang?