Juweta seorang wanita yang bekerjaya dan lahir dari golongan yang berada. Mempunyai suami (Azlan) dan seorang anak lelaki (Mika). Layanannya terhadap Mika cukup baik, tapi layanan terhadap suaminya Azlan menjadi dingin selepas beberapa tahun usia perkahwinan mereka. Apakah penyebabnya? Itulah persoalan yang membuatkan kita tertanya-tanya.
Segala keperluan Azlan dirumah hanya diuruskan oleh pembantu rumah mereka. Manakala urusan menghantar Mika ke sekolah kadangkala diambil alih oleh sahabat karibnya, Ruhila.
Kenapa Ruhila begitu penting dalam kehidupan Juweta dan Azlan ye?
Actually, Azlan dan Juweta bekerja di bawah satu syarikat yang sama. Juweta pemegang share terbesar di syarikat milik arwah ayahnya. Manakala, suaminya pula hanya share partner sahaja.
Tonton : Video episod 1 Takdir Yang Tertulis
Hubungan mereka ditempat kerja juga dingin. Mereka sering berbalah dan berbeza pendapat. Kesombongan Juweta membuatkan Azlan kecewa dan sering terasa hati dengan isterinya.
Dalam masa yang sama, Che Salmah teringin membeli rumah dan mahukan, Juweta membayar rumah tersebut. Adakah Juweta akan menuruti kehendaknya? Siapakah Che Salmah sebenarnya? Kena tunggu episod 2 minggu hadapan.
Kemudian...
Suatu hari, Juweta berjanji untuk membawa Mika pergi makan aiskrim. Tapi, Juweta terlupa dan tak dapat mengotakan janjinya pada Mika. Azlan memutuskan untuk dia sahaja yang membawa Mika pergi makan aiskrim.
Azlan tiba-tiba teringat waktu diawal dia melamar Juweta. waktu itu Juweta berjanji akan menjadi isteri yang terbaik dan menyayangi Azlan selamanya.
Juweta juga seorang majikan yang sangat ditakuti oleh pekerja bawahan nya. Mereka juga tahu yang Juweta tak pernah menghormati Azlan sebagai suami nya. Juweta tahu pekerja-pekerja lain bercakap tentangnya di pejabat, tapi dia abaikan sahaja.
Selepas pulang dari kerja, Juweta dan Azlan duduk berbincang. Juweta meminta maaf kerana memarahi Azlan sewaktu di pejabat.
Azlan mula meluahkan perasaan kecewanya pada Juweta. Dia tertanya-tanya dimana letaknya dia sebagai suami di dalam rumahtangga mereka.
Bersambung...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.