Eh! Boleh ke, makan kicap dalam pantang? Pantang boleh makan kicap tak?
Antara persoalan yang seringkali para ibu musykil bila berada dalam pantang dan teringin nak makan kicap. 

Macam-macam pantang larang berkaitan kicap yang Fiza dengar. Antaranya, jahitan luka akan lambat sembuh lah. Kemudian, kicap jugak boleh menjadikan bekas jahitan menjadi hitam lah.

Serious! Tipu.

Isu berpantang

Pengalaman Makan Kicap Dalam Pantang. Ada Kesan Tak?

Berdasarkan pengalaman sendiri, di mana pernah berpantang bersalin sebanyak tiga kali dan berpantang keguguran sekali. Fiza makan je kicap. Lagi-lagi dengan telur rebus. Setiap pagi 3 kali dalam seminggu, breakfast telur rebus mesti cari kicap. Fiza sejenis yang tak boleh makan telur kalau takde kicap. 

Bukan nak riak. Alhamdulillah dengan izin Allah, takde pulak luka jahitan lambat sembuh. Malah, luka sembuh dalam masa seminggu je. 

Pendek kata, luka lambat sembuh tu bergantung kepada penjagaan luka dan diet yang kita ambik semasa berpantang sebenarnya. 

Kalau tak ambik sumber protien, sayur dan buah yang mencukupi memangla lambat nak sembuh. Satu lagi, kalau malas nak bersihkan tempat jahitan. Memang sahla luka akan lambat sembuh. Betul tak? 

Silap-silap boleh bernanah dibuatnya. Lagi susah nak jaga, kan! 

Fiza ikut je pantang orang tua-tua. Takde masalah, tapi part telur dan kicap memang Fiza tak boleh. Nak jugak makan. Hehe...

Apa-apa pun terpulang kepada diri kita. Kita ada pilihan dan setiap pilihan, kesannya kita sendiri yang tanggung. Betul tak?

Then, makan pun kenalah berpada-pada. Bersederhana itulah yang terbaik. Kalau makan, takde masalah boleh je. Pendek kata, bergantung kepada penerimaan badan diri masing-masing. Betul tak?

#masalahketikaberpantang
#makankicapsemasaberpantang