Assalamualaikum.
Selamat malam.
Malam ni Fiza nak share satu cara untuk mengatasi masalah iklan Adsense yang putus atau dalam bahasa mudahnya tak nampak sampai ke tepi blog post. Contohnya seperti di dalam gambar di bawah SEBELUM diubah. Nampak tak sempurnakan paparannya.
Baca Juga : Cara edit Latar belakang atau background blog
Selalunya masalah seperti ini lebih menjurus kepada iklan Adsense berjenis link. Korang pernah tak alami? Dapat tak adjust supaya paparannya menjadi penuh?
Fiza pernah cuba untuk adjust width template. Tapi, lansung tak memberi kesan. Paparan Iklannya masih lagi sama walaupun width setiap media screen telah diubah.
Adjust Margin Untuk Dapatkan Paparan Iklan Link Adsense Yang Betul
Walaubagaimana pun, Alhamdulillah semalam Fiza berjaya mengatasi masalah ni. Actually, mudah je sebenarnya. Caranya adalah seperti berikut :-
- First, buka dashboard blog.
- Kemudian, klik pada theme.
- Lepas tu, seperti biasa ia akan melibatkan html. Jadi kena edit html template.
- Cari body { seperti yang bertanda di dalam gambar di atas.
- Kemudian taipkan margin : -8px ; di bawahnya.
Perhatian : Untuk angka margin, korang boleh try letak mengikut kesesuaian template korang. Try and error ok!
Dah siap. Simpan dan view. In Shaa Allah, hasilnya seperti berikut di mana iklan link Adsense korang akan kelihatan sempurna gitu.
Selamat Mencuba!
6 Comments
Thanks for sharing, kak. Ilmu yang berguna untuk blogger.
ReplyDeleteSama-sama Jannah. 🙂🥰
DeleteTak pernah pulak nampak masalah ni. Bagus ada tutorial dan solution dia. Boleh buat rujukan untuk yang ada masalah ni.
ReplyDeleteMaybe margin blog Fiza besar kot that why bila masuk kod link Adsense terus ngam. Hehe...
DeleteMacam akak, masuk je terus nampak macam terpotong. Tapi, dah dapat dah solusi setelah try and error code html.
Salam perkenalan sis. Syu baru jer add adsense baru-baru ni, agak-agak berapa lama dia baru activate yer??😅
ReplyDeleteSalam kenal Syu. Terima kasih ye kerana sudi singgah, follow dan komen blog akak.
DeleteUntuk pertanyaan Syu tu.
First, selepas kita register AdSense. Pihak google akan reviews content blog kita.
Jika contents blog kita tidak melanggar syarat dorang, In Shaa Allah. Dalam masa seminggu dua dorang akan hantar email kelulusan. Then, baru boleh add code iklan AdSense di blog.
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.