Ending Episod Akhir Takdir Yang Tertulis | Rupanya saja je Juweta ajak Ean kawin. Dia pun nak bantu Ean dapatkan balik Ila. Dalam masa yang sama dia nak Ruhila berterus terang dengan Azlan status Mika.

Belum sempat Ruhila berterus terang. Azlan dah dapat jawapan. Semuanya terjawab bila Azlan berjumpa doktor untuk mengetahui adakah dia mandul atau tak. Ternyata Azlan mandul dan automatiklah Mika bukan anak dia.

Merasakan dirinya tertipu, Azlan menceraikan Ruhila dengan talak 1. Manakala Che Salmah dan Hakim pulak dipenjarakan atas sebab menipu untuk mendapatkan harta Juweta. Nasib baik Kak Shima record perbualan dorang sebagai bukti. Kalau tak Naya... Ada je idea si Hakim nak putar belitkan cerita. Kan!

Juweta jugak berjumpa dengan Azlan untuk memohon maaf atas apa yang berlaku. At the same time, Azlan pun turut meminta maaf kepada Juweta.

Finally,

Masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Ruhila dengan Ean. Ada masa Mika menemani Azlan memancing, kekadang Mika tinggal dengan Juweta.

PLOT TWIST DI PENGHUJUNG CERITA

Paling tak sangka... Rupanya, Mika bukan anak Ean. Tapi anak Hakim. 

Geram betul la part yang ni. Tiba-tiba, Hakim throwback apa yang berlaku pada malam Ruhila menangis di bilik Ean. 

Rupanya, dia yang letakkan pil dalam minuman Ean dan Ruhila semasa di kelab malam. Then, dia yang pegi angkut mereka berdua tu. 

Samarinda tv3

Lepas tu, dirogolnya Ruhila. Adoi! Sakit hati pulak tengok ending nya oii. Terkena semua penonton. Ni mesti ada sambungan Takdir Yang Tertulis Ke-2 ni... Kan? Trending habisla malam ni. Semua pakat geram tengok ending dia. Haishh...


Apa-apa pun, drama Takdir Yang Tertulis banyak memberi pengajaran buat kita. 

#First things first, point utama jauhilah arak. Kerana arak semua benda tak baik boleh berlaku. Tengok jelah bagaimana Ean dan Ila yang akhirnya terjebak dengan kerja tak elok si Hakim. Sudahnya Ruhila melahirkan anak tak sah taraf.

#Kemudian, walaupun berterus terang itu menyakitkan... Tetapi, ianya lebih baik daripada menyembunyikan perkara yang sebenar. Bila kita menipu, sepanjang hidup kita tak kan tenteram. 

#Ketiga, kena hati-hati ketika menandatangani sebarang dokumen. Yelah, manusia ni rambut je sama hitam tapi hati lain-lain. Kalau dah busuk hati, macam-macam cara orang akan kenakan kita. Tengok jelah macam mana Azlan kenakan isterinya sendiri sampaikan Juweta lansung tak perasan.

#Then, kisah rumahtangga tak sepatutnya kita ceritakan kepada orang lain. Waima best friend forever pun. Kekadang, ada manusia sanggup ambik kesempatan di atas kesempitan orang lain demi kepentingan sendiri.

#Last sekali, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah realiti kehidupan, bila kita melakukan kejahatan. Kesudahannya pasti membawa keburukan. Tengok jelah bagaimana pengakhiran Che Salmah dan Hakim. Macam-macam dorang rancang untuk jatuhkan Juweta. Akhirnya terbongkar jugak. 

That it's untuk episod Akhir TYT, drama arahan #budakijat kali ni. Seriously! Memang terbaik. Walaupun agak terkejut dengan pengakhiran drama ni... Bila difikirkan balik, tak mustahil sebenarnya benda macam tu boleh berlaku. Yelah! Kalau dah mabuk, sesiapa sahaja boleh ambik kesempatan ke atas kita terutamanya perempuan. So, moral of the story jauhi lah arak kerana arak boleh mendatangkan banyak keburukan kepada kita.

Logik apa. Kan?

#TYT
#takdiryangtertulis