Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Sementara anak-anak masih tidur, Fiza curi masa yang ada untuk berkongsi cerita di sini. Alhamdulillah, bulan ni umur Nur Dhia dah masuk 10 bulan.
So far, untuk checkup 10 bulan. Berat, tinggi dan BMI berada pada tahap normal. Semuanya dalam range.
Memandangkan semuanya berkembang dengan baik, pihak klinik mencadangkan supaya teruskan penyusuan susu ibu. Semoga rezeki susu sentiasa ada untuk Nur Dhia hendaknya.
Checkup 10 Bulan Dan Dapat Suntikan Vaksin Pneumococcal Secara Percuma Di Klinik Kesihatan Kerajaan
Kemudian, bulan ni juga Nur Dhia menerima suntikan dos pertama untuk vaksin pneumococcal secara percuma di KK. So far, seminggu dah berlalu. Ternyata, tiada kesan sampingan.
Before checkup last week, Fiza ada jugak search kesan sampingan suntikan pneumococcal kepada bayi. Ternyata, ramai yang bagi feedback bahawa anak dorang demam selepas disuntik.
Ok!
So, Fiza dah get ready la dengan paracetamol untuk Nur Dhia in case dia demam selepas injection.
Walaubagaimana pun, Alhamdulillah ternyata Nur Dhia ok je. Takde demam pun. Yelah! Lain orang lain penerimaan tindakbalas tubuhnya kan.
In Shaa Allah, untuk second dose. Nur Dhia akan dapat pada 3 Mac 2021 nanti. Semoga masa tu pun, dia tak demam jugak. Kan! Aamiin. Mudah-mudahan hendaknya.
Apa itu Vaksin Pneumococcal?
Vaksin tambahan yang sepatutnya tidak dibekalkan oleh hospital atau klinik kerajaan. Suatu masa dahulu, vaksin pneumococcal hanya boleh didapati di hospital swasta dengan anggaran kos RM200 ke RM300 per dos.
Walaubagaimana pun, dalam bajet 2020 pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi vaksin pneumococcal yang mana akan diberikan secara percuma mulai 6 Jun 2020. Bermakna yang lahir dari 1 Januari 2020 akan dapat vaksin ni secara percuma.
Alhamdulillah, Nur Dhia lahir pada Bulan Mac 2020. Jadi dia pun dapat.
Apa sebenarnya fungsi vaksin pneumococcal ni? Kenapa penting sangat? Dan kenapa bayi sebelum ni tak dapat percuma?
Untuk pengetahuan kita bersama, Suntikan Pneumococcal atau turut dikenali sebagai Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV) diberikan bertujuan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus Pneumonia. Bakteria ini juga dikenali sebagai Pneumokokus.
Mesti ada di antara kita yang bertanya, bahayakah bakteria tersebut? Sebelum tu kita kena ketahui dahulu apa kesannya kepada kesihatan jika dijangkiti bakteria ini, okay?
Umumnya, bakteria ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia, walaubagaimana pun ia lebih kerap menjangkiti kanak-kanak dan individu lebih berusia. Pelbagai masalah kesihatan berisiko untuk berlaku jika dijangkiti, antaranya :
- Jangkitan atau radang paru-paru
- Meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak)
- Sepsis (jangkitan dalam darah)
- Sinutisis (jangkitan pada sinus)
- Otitis media (jangkitan telinga telinga)
Kebanyakan jangkitan ini adalah serius dan boleh mengakibatkan hilang upaya secara kekal seperti pekak, kerosakan otak atau kehilangan tangan mahupun kaki, atau boleh menyebabkan kematian. Jadi sudah tentu jawapannya, bakteria ini adalah berbahaya. Dan oleh kerana itu, amat penting untuk mendapatkan suntikan PCV ini. Kemudian, kenapa bayi sebelum ni tak dapat PVC? Rasanya semua tahu kan. Pastinya berkaitan dengan bajet negara.
Itu sedikit sebanyak info berkaitan vaksin pneumococcal yang dipetik dari laman hellodoktor.
Bagaimana pula dengan perkembangan Nur Dhia bila fasa usia menjangkau 10 Bulan? Apa kemahiran atau kebolehan yang dia dah capai pada usia tersebut?
Seperti biasala kan, setiap kali beralih bulan Fiza tak akan lepaskan peluang untuk updated perkembangan anak-anak di blog. Sekarang ni, Nur Dhia dah mahir duduk dan mengatur posisi tubuhnya sendiri.
Dia juga mulai mahir menggunakan kedua belah tangannya seperti mengenggam, kutip benda-benda kecil dan paling mengujakan bila kita suruh tepuk tangan je, mesti dia akan buat. Bermakna, dalam masa yang sama dia juga memahami arahan-arahan mudah. Dalam fasa suka mengutip ni, as a parents kita kena extra care.
Nur Dhia juga dah start menatih dan cuba-cuba untuk melangkahkan kakinya selangkah dua. Makan pulak dia tak nak dah makan bubur kisar. Jadi, buat masa ni still makan bubur sebab gigi tumbuh pun baru 4 batang. Tapi, kadang-kadang tu Fiza try juga bagi dia makan nasi butir yang lembut. So far, setakat ni dia on je.
Dia juga macam budak besar dah ke hulu ke hilir merangkak dan bermain. Tak cenggeng dah bila tak nampak Fiza di tepi.
Alhamdulillah, bolehla buat kerja-kerja rumah apa yang termampu. Kena jugak pantau walaupun dia ada dua orang kakak yang tolong tengokkan.
Cepatnya masa berlalu, macam baru semalam je Fiza bersalin. Kenangan sungguh masuk wad masa first day PKP 1.0. Nur Dhia pun tak lama lagi setahun. Moga-moga pendemik ni berakhir dengan cepat hendaknya.
Apa-apa pun entri kali ni Fiza stop kat sini, nanti Fiza share lagi kisah perkembangan Nur Dhia di sini.
#vaksinpeneumococcal
#perkembanganbayi10bulan
3 Comments
Naura kena ambil klinik luar utk vaksin ni sebab lahir 2019.. Semoga pandemik ni cepat berakhir. Kasihan anak2 terperuk je kat rumah..
ReplyDeleteTu la, Sian kat anak-anak. Masing-masing kata tak sabar nak ke sekolah.
DeleteSemoga pandemik ni cepat²lah berakhir.
Alhamdulillah..semoga Nur Dhia membesar dengan sihat..Aaminn
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.