Wantan Ayam Goreng Sekali Dengan Pencicah Kicap 'Ngesit' | Kami anak beranak memang suka makan wantan. Biasa orang jual 10 biji, RM2 di mana wantannya telah siap digoreng dan sekali dengan pencicah kicap. Kalau beli RM10, macam tak cukup makan je.
Asal Usul WantanWantan ialah sejenis ladu yang didapati dalam pelbagai masakan masyarakat Cina. Ia boleh dihidang sama ada digoreng mahupun direbus dalam sup. Namun, kini kaum lain juga turut menggemarinya kerana inti wantan boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. ~ Wikipedia
Bila dah selalu sangat membeli dan tak puas makan. Apalagi, baik buat sendiri. Lagi pun, kulit wantan sebungkus RM3. Rasanya seratus lebih kot kulit wantan dalam tu. Kalau tak nak guna kulit wantan boleh tukar dengan kulit popia.
Lagi pulak, dalam peti ais kat rumah memang selalu ada stock isi ayam dan daun sederi. Why not, kita buat sendiri je. Kan?
Alhamdulillah, dah banyak kali dah buat wantan sendiri untuk di frozen. Baru harini teringat nak share di blog. Bolehla untuk tambahkan koleksi resepi di blog sendiri. Hehe...
Baca Juga : Cara membuat inti popia ikat yang sedap
Wantan Ayam Goreng Tak Letak Udang
Kalau ikutkan resepi asal wantan, ramai yang letak udang. Memandangkan Alia alergik udang dan encik suami ada gout. Jadi, Fiza tak masukkanlah isi udang.
Bahan-Bahan Resepi Wantan Ayam
2 dada ayam di cincang halus
1sb perencah secukup rasa maggie
1sk Lada putih
1sb tepung jagung
Daun sederi dicincang halus
gaul semua bahan.
Kemudian, cara bungkus wantan pulak...
kulit watan di letakkan rata dan sapu air keliling 1cm dari tepi.
- Letakkan bahan tadi ditengah-tengah kulit.
- Ambil kulit wantan dari 4 penjuru dan pusing supaya jadi seperti sup bonjot. Pastikan intinya tak terkeluar.
- Celup wantan dlm air yang mendidih, biarkan ayam masak sikit dan tidak terbuka masa menggoreng nanti. Angkat dan toskan.
- Goreng dengan minyak yang banyak dan goreng sampai garing.
- Hidangkan dengan sos cili atau kicap pedas.
Resepi Pencicah Kicap Yang Mudah Dan Sedap
So, untuk pencicah Fiza buat sendiri jugak ye. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya adalah seperti berikut :-
5-6 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
Garam
Perasa - Ajinomoto, kalau suka
Kicap manis
Sedikit jus limau
Cara cara membuatnya pulak:
Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila dikisar nanti, ianya cepat hancur dan sebati.
Kisar cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir, garam dan serbuk perasa sehingga halus. Kemudian bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.
Confirm! Sedap. Selain untuk wantan. Pisang goreng pun sedap jugak dicicah dengan kicap 'ngesit' ni. Hehe...
Alhamdulillah, bila masak sendiri ni... Kepuasan dia lain macam. Kan! Jimat pun jimat. Betul tak?
#wantanayamgoreng
#sambalkicapwantan
10 Comments
wah sedapnya sis.. ley try niii. nyummmm
ReplyDeleteTryla. Hehe...
DeleteSedapnya wantan goreng letak isi ikut selera kita. Agak rare juga cicah sambal kicap. Pisang goreng semestinya kena ada sambal kicap kalau orang johor makan :)
ReplyDeleteKat tempat Fiza pun ada Juga sambal untuk pisang Goreng.
DeleteNak try buat la nanti. Resepi mudah. Cuma kena ada kerajinan je ni.
ReplyDeleteTryla Naniey.
DeleteKalau tak nak goreng boleh tak? guna resepi ni tapi rebus or kukus mcm sup tu..
ReplyDeleteBoleh je Naniey. Takde masalah. 🤭
Deletethank you sharing :)
ReplyDeleteWelcome Atie 🙂
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.