Sambungan daripada episod 7, Ruhila yang baru sampai ke pejabat terkejut melihat Ean dan Juweta baru keluar dari pejabat Azlan. Ean menghulurkan tangan ingin bersalam dengan Ruhila, tapi Juweta mencelah dengan meminta Ruhila menyerahkan kembali anaknya. 

Baca Juga : sinopsis episod 7

Juweta menarik Ruhila, Ruhila memberitahu yang Mika adalah anaknya dan dia tak kan menyerahkan mika pada Juweta. Juweta terus menampar Ruhila. Azlan yang berada di dalam pejabat segera berlari mendapatkan Ruhila.

Ean segera menarik Juweta keluar dan meminta Juweta bertenang. Ean memberitahu yang Juweta perlu bertenang kerana risau, jika  Azlan dan Ruhila membuat laporan polis. Berkemungkinan dia hilang semua peluang untuk mendapatkan kembali hak nya.

Juweta memberitahu sepanjang perkahwinan dia dan Azlan dia tidak pernah mendapat layanan seperti layanan Azlan terhadap Ruhila. Juweta menangis semahunya, kerana dia merasakan dirinya seolah-oleh ditipu oleh Azlan dan Ruhila.

Azlan mengajak Ruhila pergi membuat laporan polis tapi Ruhila menolak. Dihadapan staf-staf lain, Ruhila dan Azlan bercakap tentang rumahtangga mereka, Tentang Juweta dan tentang ibu mertua Azlan. Dihadapan semua staf segalanya bukan lagi rahsia.

Hakim menghubungi Che Salmah dan melaporkan setiap perkara kepada Che Salmah. Hakim meminta Che Salmah bertenang kerana dia yakin Ean tidak mampu melawan mereka. Che Salmah terkejut mendengar nama Ean. Bekas teman Lelaki Ruhila dahulu. Hakim menjelaskan yang Ean adalah peguam Juweta.

Kemudian, di sisi lain...

Mika berapa lapar dan turun ke dapur. Dia mencari makanan dan hanya menjumpai peanut butter. Che Salmah yang baru sampai tetiba melihat Mika sedang makan. Che Salmah masuk ke dapur dan memarahi Mika. 

Dia memasukkan peanut butter ke dalam mulut Mika secara paksa. Mika memangis dan menjerit. Mujurlah Ruzita melihat kejadian tersebut dan memarahi Che Salmah  yang bertindak seperti tidak berhati perut.

Samarinda tv3


Che Salmah memang tidak menyukai Mika sejak tahu yang Ruhila mengandungkan anak Ean semasa mereka masih belajar dulu. 

Che Salmah beberapa kali memaksa Ruhila memutuskan hubungan dengan Ean tapi Ruhila berdegil. Ketika Mika masih dalam kandungan , Che Salmah sudah berpesan yang dia tidak suka kan Ean. 

Namun, masa tu Ruhila yakin yang Ean akan bertanggungjawab jika mengetahui dia sedang mengandung. Che Salmah mahu Ruhila menggugurkan kandungan Ruhila kerana dia tak mahu setitis darah Ean pun berada dalam keluarga nya.

Ean meghantar Juweta pulang kerumah. Ean meminta Juweta supaya jangan risau tentang Azlan. Juweta mengatakan dia tidak risau tentang Azlan tapi dia risaukan Hakim, peguam Azlan. Kerana dia tahu Azlan tak kan berani buat semua ni . Segala rancangan ini dirancang oleh Hakim yang berdendam dengan nya kerana dia pernah dimalukan oleh Juweta.

Juweta bertanya pada Ean, adakah dia sangat teruk semasa zaman belajar dulu. Perlahan-lahan Ean mengiyakan pertanyaan Juweta . Juweta menyedari kesilapan nya dulu. Dia meminta maaf pada Ean kerana pernah menyuruh Ruhila meninggalkan Ean. Ean tak kisah dan sudah melupakan semuanya. Ean berjanji akan berusaha mendapatkan Mika semula untuk Juweta.

Che Salmah terus memikirkan Ean , lelaki yang pernah mendampingi Ruhila dulu. Dia mula risau tentang kehadiran Ean. Ruhila pernah membawa pulang Ean untuk diperkenalkan pada nya dulu. Waktu itu dia jelas tidak menyukai Ean. Dia juga memberitahu Ruhila agar jangan berkawan dengan Ean.

Mika turun ke bawah dan melihat neneknya. Che Salmah terus mendekati Mika dan memberitahu yang dia bencikan Mika. Dia memarahi Mika . Ruhila yang baru pulang melihat ibunya memarahi Mika. 

Che Salmah terus meminta Ruhila memaksa Azlan menukar hak milik rumah  tersebut kepada nama Ruhila. Ruhila makin tertekan dengan sikap ibunya, Che Salmah.

Hakim menghubungi Ean dan ingin berjumpa dengan Ean. Hakim meminta Ean agar jangan mengambil kes Juweta. Dia mengingatkan Ean tentang sikap Juweta yang pernah memalukan mereka di zaman kolej dulu. Ean tidak mahu mengikut kata-kata Hakim yang tidak profesional. Hakim memberi amaran jika Ean teruskan juga , Juweta tidak akan menang dan dia tak kan dapat hak pejagaan Mika.

Sebaik Ean pergi, Hakim menghubungi Azlan dan meminta Azlan memulangkan Mika pada Juweta. Azlan ingin tahu mengapa dia perlu serahkan Mika kerana dia tak peduli dan tahu Juweta tak kan menang.

Ean teringat sewaktu Ruhila risau yang mereka pernah terlanjur dulu, dia pernah berjanji akan bertanggungjawab pada Ruhila. Tapi waktu itu ibu Ruhila tidak dapat menerimanya . Namun dia tetap akan bertanggungjawab terhadap Ruhila.  

Ruzita muncul dibilik Ruhila. Dia bertanya apa rahsia sebenar yang disimpan Ruhila sehinggakan Che Salmah sangat membenci Mika. 

Ruzita meneka yang Mika bukan anak Ruhila dan Azlan. Ruhila terkejut dengan kata-kata Ruzita. Dia mula risau jika Ruzita memberitahu perkara tersebut pada Azlan. Ruzita kemudian nya ketawa dan mengatakan yang dia sebenarnya hanya bergurau... Episod 7 tamat di situ.

Ulasan Episod 8

Terjawab sudah anak siapakah Mika sebenarnya. Ternyata Mika adalah anak tak sah taraf Ruhila dan Ean. 

Bermakna Ruhila berkahwin dengan Azlan semata-mata untuk menutup aib dan bukannya kerana cinta. Adakah Azlan tahu mengenainya. Kalau tahu macam mana pulak lah kan.


#slotsamarindatv3
#takdiryangtertulis
#episod8