Sambungan episod 9.
Ni sinopsis 4 episod sekaligus ok. Dalam 4 episod ni. Mika berjumpa Juweta secara senyap. Bila Ruhila tahu Mika berjumpa dengan Juweta, Ruhila mendesak Azlan untuk mencarinya dan mereka mengeluarkan warning supaya Juweta tak boleh berjumpa dengan Mika lagi. Mika dikurung di rumah.
Di sisi lain pulak, Azlan mulai berani melawan Che Salmah semuanya dek kerana tak tahan dengan perangainya yang tak habis-habis menuntut janji Azlan padanya.
Kemudian, Kak Shima dan Kak Jo pula cuba untuk mengodam pc encik Azlan bagi mencari bukti yang Azlan, Hakim dan Che Salmah berkomplot untuk menjatuhkan Juweta. Namun tak berjaya.
Di sisi lain, Ean turut menceritakan bahawa Mika bukan anak Azlan. Dia mengetahuinya melalui Ruzita iaitu adik kepada Ruhila.
Suatu hari, Che Salmah menghalau Mika dari rumah. Ruhila dan Azlan menyerang Ean dan Juweta. Mereka bergaduh dan saling menyalahkan.
Namun, Nasib menyebelahi Mika. Kak Jo menemuinya ketika Mika ralit menyelongkar sampah. Kak Jo membawanya pulang. Kemudian, kak Jo memberitahu Juweta. Mereka bergegas ke rumah kak Jo untuk mengambil Mika. Di situ, Azlan kurang selesa melihatkan Ruhila berpandangan dengan Ean yang sedang mendukung Mika.
Ruhila telah membenarkan Mika tinggal dengan Juweta beberapa hari. Dia ingin tarik semula waran yang tidak membenarkan Juweta menemui Mika. Azlan marah seperti dia tidak berhak ke atas Mika. Dia mulai tidak selesa dengan kehadiran Ean lebih-lebih lagi bila Ruzita mengatakan perkara yang sama kepadanya.
Ruhila menghalau Che Salmah dari rumah. Pada hari berikutnya, Ruhila menemui Ean. Ruhila mahu berbincang mengenai Mika. Namun, mereka mulai berbicara tentang kisah cinta mereka suatu ketika dulu. Masing-masing mengatakan diri masing-masing curang. Namun, Ean berasa pelik bila Ruhila memberitahu yang dia curang dan tidur dengan perempuan lain. Sejak dari itu, Ruhila tinggalkan Ean. Apa yang berlaku sebenarnya. Ruhila marah lalu beredar. Tetiba mereka terpandang ke arah Azlan yang membawa sejambak bunga. Azlan marah dan mahu kepastian adakah Ruhila ikhlas untuk mengahwininya.
Ean masih fikirkan apa yang Ruhila nyatakan. Dia mulai mencari siapa perempuan tersebut. Akhirnya dia berjumpa jugak dengan bantuan kawan serumahnya. Siapakah perempuan itu sebenarnya?
Sementara Che Salmah tetiba berlakon jadi baik sepertimana di arahkan oleh Hakim. Azlan berasa pelik. Manakala Ruhila pulak dapat membaca perubahan sikap ibunya. Walau apa pun terjadi, dia akan pulangkan semua hak Juweta.
Ruhila keluar dan naik kereta. Dia menelefon Juweta dan memberitahu bahawa dia akan pulangkan semua hak milik Juweta.
Dalam masa yang sama Ean muncul di belakang kereta Ruhila. Episod 13 berakhir di situ.
Ulasan Episod 10, 11, 12 Dan 13 Takdir Yang Tertulis
Kisahnya semakin hampir ke garisan penamat. Betulla tekaan Fiza, Ruzita akan jadi penyelamat dalam cerita ni. Kalau tak, Manakan Ean tahu semuanya dari A sampai Z.
Kemudian, lagi satu part Ean tidur dengan perempuan lain tanpa pengetahuan dia sendiri tu... Korang rasa angkara siapa?
Fiza rasalah mesti tu semua angkara Che Salmah. Dia yang rancang semuanya. Kan? Betul tak?
Apa-apa pun, semua tu hanyalah tekaan Fiza. Betul ke tak kenalah tunggu minggu depan. Ada dua episod lagi.
Daripada promo minggu akhir, sepertinya Juweta mengajak Ean berkahwin. Rasa-rasanya mereka kawin tak? Fiza haraplah dorang akan kawin. Kan?
Nak menonton semua episod secara online, bolehlah klik link di bawah yer. 🙂
#samarindatv3
#takdiryangtertulis
#TYT
2 Comments
tak sabar nak starts tgk :)
ReplyDeleteKan... Malam ni dah episod Akhir. Tak sabar nak tahu ending drama Takdir Yang Tertulis ni.
DeleteRasa-rasa mesti tergantungkan. Haha... Akan ada Takdir Yang Tertulis 2. Kan?🤭🤔
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.