Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Harini merupakan Hari pertama anak-anak Fiza ke sekolah bagi Tahun 2021. Semoga urusan encik suami dan anak-anak dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

Kebiasaannya, bila suami dan anak-anak dah pergi ke sekolah. Selepas sarapan, Fiza akan scroll FB sekejap. Baca apa yang patut.

Hurmmm... Ramai yang share video tiktok tingkahlaku pelajar yang menconteng pakaian sekolah mereka sebaik sahaja mereka tamat menduduki peperiksaan SPM. Adakah itu tanda kebebasan yang mereka fikirkan. Fiza tak nak ulas mengenai perkara tersebut ye. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Betul tak?

Tapi...

Terkenang pulak zaman Fiza sekolah dulu. Menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1998. Masa tu takde gajet lagi. Tapi, ketika itu GURU sangat di sanjung tinggi. Nampak cikgu dari jauh pun perut dah kecut. Apatah lagi nak tengking cikgu. 

Isu semasa


Habis SPM pulak terus balik rumah. Takde sakan nak enjoy. Yang pasti perasaan lega tu tak terungkap, sebab yakin akan dapat result ok! Hehe...

Part pakaian pulak, seriously... Memang takut nak conteng. Kalau berani, balik rumah confirm! kena sebat dengan emak. Haha... Mak Fiza sejenis yang garang. Lagi pulak, Fiza bukanlah dari keluarga yang senang. Baju  sekolah yang masih elok, mak akan simpan untuk adik-adik. Betapa bermaknanya uniform sekolah buat kami pada masa tu. 

Tandatangan Majalah Sekolah

Tapi, kami ada cara kami sendiri. Masa tu sekolah kami memang ada majalah sekolah. Belakang dia ada bahagian autograf. Masa hari terakhir SPM, semua pakat bawak majalah pergi ke sekolah. Kat situlah masing-masing akan tandatangan. Ada yang rajin, akan tuliskan kata-kata madah dan nombor telefon rumah masing-masing sebagai kenangan. Seronok sangat! 

Well...

Mesti ada yang akan cakap... Kan?

Ala, dulu dengan sekarang mana sama. Zaman dah moden kot.

Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri. Masing-masing Ada PILIHAN. Tapi, kena ingat. Setiap PILIHAN YANG KITA BUAT, pasti membawa kesan yang positif atau negatif. Kemudian, KESANNYA KENALAH TANGGUNG SENDIRI. Jangan nak BLAME GAME sudah... Kan?

Hakikatnya, ANAK-ANAK adalah cerminan IBUBAPA. Wallahu'alam...

Apa-apa pun, tahniah buat adik-adik yang dah berjaya menghabiskan peperiksaan SPM korang walaupun pendemik Convid19 melanda negara. 

Mesti lega kan?