Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Dapat hadiah dari adik | last week punya cerita. Masa kami anak-beranak ke rumah mak, tiba-tiba adik hulurkan hadiah pada Fiza. Katanya, reward! sebab selalu share status dia di Facebook.
La! Akak ikhlas je dik oiii tolong kongsikan status tu. Tapi... Orang nak bagi, kita ambik jelah. Kan! 🤣😂🤭
Dalam hati kemain suka. Rupa-rupanya, Fiza dapat tudung Fareha. Patutla, before ni dia mesej Fiza tanya pendapat mana satu warna tudung Fareha yang cantik. Rupanya, orang nak bagi kita tudung. Syukur Alhamdulillah.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kan!
Semoga business kecil-kecilan adik terus maju jaya hendaknya.
Bila kita sibuk ambik gambar tudung, Dhia pun sibuk nak pakaikan tudung. 😂🤭 |
Perkhidmatan Membuat Pelbagai Jenis Bouquet Dan Suprise Delivery
Actually, dah dua tahun dah adik buat business tempahan bouquet ni. Alhamdulillah, rezeki dia sentiasa ada. Setiap bulan dia menerima tempahan secara purata sebanyak 130 tempahan dari pelbagai jenis bouquet. Daripada jenis bajet sehinggalah yang mahal, bergantung kepada permintaan pelanggan. Kekadang tu, tak menang tangan dibuatnya.
For those yang nak tempah, bolehla usha page SJ Bouquet Spaoh. Yeah! Confirm puas hati.
Tudung Fareha Memang Cantik
Berbalik kepada tudung yang adik bagi. Actually, Fiza dah survey jugak tudung Fareha ni di Shopee. Tapi, tak sangka pulak adik bagi pattern Bowie iaitu pattern yang Fiza nak. So, dah dapat satu... In Shaa Allah, ada rezeki kita beli color lain pulak. At least, ada jugak koleksi tudung dari Jenama Fareha.
Okeh!
Jom! Kita zoom in tudung dia.
First, dari segi material ia dikatakan diperbuat daripada Korean Chiffon. Hurmm... Bila dengar je Korean Chiffon, mesti dalam kepala kita dok pikir... Kain dia licin dan susah nak dibentuk. Betul tak?
For me, kain dia takdelah licin sangat. In Shaa Allah, boleh je dibentuk.
Then, kain pun jenis ironless. Senang! Kejap je iron dah siap. Tak perlu ambik masa yang lama pun. Sesuai sangatla untuk dibawa ketika travel.
Kemudian, jahitan tepi tudung jugak cantik dan kemas. Seriously, Fiza jatuh cinta dengan tudung bawal Fareha edisi terbaru ni. Dahla warna dia cantik, harga pun berpatutan.
Tak silap, ramai seller yang jual tudung Fareha di Shopee meletakkan harga yang lebih kurang sama je. Range pun RM27++ tak termasuk postage. Kiranya, harga pun mampu milik jugaklah. Betul tak?
Tudung Pattern Bowie Nak Padankan Dengan Baju Warna Apa?
In Shaa Allah, boleh je padankan dengan color soft blue, khaki, hitam ataupun pastel yellow. Tu best on pendapat Fiza lah ye.
Korang pernah pakai tudung bawal Fareha? Best tak? Berbaloi tak dengan harga?
#reviewstudung
#BawalFareha
12 Comments
Alhamdulillah rezeki. Cantik.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih PC.
Deletealhamdulilah rezeki fiza dan adik juga tu.. sesama ada rezeki...
ReplyDeletecomel plak model tudung tu ye :p
Haha... Budak kecik tu selalu je nak menyibuk Kak Ret.
DeleteRezeki jangan ditolak, maut jangan dicari HAHAHA. Berbunga bunga hati dapat tudung fareha. Cantikkk! :D
ReplyDeleteCantik kan...
Deletetakde lagi simpanan tudung fareha ni..
ReplyDeletetengok dekat kawasan kauters tempat tinggal kita ni, rmai juga peminat Fareha ni.
buat masa ni kita belum try beli lagi.
ada juga rasa berbunga dihati nak miliki.
hihihii
In Shaa Allah, one day ada jugak rezeki Mimie untuk memiliki tudung Fareha ni.
Deletealhamdulilah. best dapat adiah 😍
ReplyDeletekacak color yea
baby pun dah besar
Aok. Nang kacak colornya.
DeleteKan... Sik berasa nembiak dah besar koh.
Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah..
ReplyDeleteYa... Musuh jangan dicari. Rezeki Kan. Siapa sangka berhajat nak beli. Top² Ada orang nak bagi.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.