Assalamualaikum.
Selamat Petang.
Rindu Awak Separuh Nyawa, Episod 2 Dan 3 | Maisarah terkejut apabila Nazril menoleh ke belakang. Maisarah marahkan Nazril. Katanya Nazril tidak menepati janji. Orang yang tidak menepati janji, tergolong daripada orang-orang yang munafik. Dia ingatkan Nazril tak pakai baju pink unggu. Sekali Nazril buka sweater, dia pun terus terdiam.
Kemudian dia mempersoalkan kenapa Aidil tak hantar sendiri surat tersebut. Nazril hanya menyampaikan surat tersebut. Sebelum Nazril balik, berlaku sedikit pertengkaran di antara mereka. Sarah marah apabila Nazril mengatakan dia kalau boleh nak elakkan bertemu jodoh dengan perempuan seperti Sarah. Apalagi Sarah memang tercabarlah. Perbualan mereka didengari oleh Sally, budak satu kolej dengan Sarah. Dia cukup sakit hati dengan Sarah. Sally tetiba muncul di depan Sarah lalu mencabar Sarah untuk memikat Nazril sehingga jadi suami dia. Apalagi, Sarah yang pantang dicabar. Terus menerima cabaran Sally.
Ketika Qistina dan Huda rancak bersembang, tiba-tiba Sarah muncul lalu duduk di meja lain. Al-maklumlah, dia kan tak sebulu dengan Nurul Huda. Qistina mintak diri dengan Huda lalu beredar menemui Sarah. Dia ceritakan satu per satu info berkaitan Nazril.
One day, Sarah cuba dapatkan Nazril. Dia mula berpakaian sopan, dengan harapan dapatlah menambat hati si Nazril. Walaupun dia luahkan perasaan yang dia sukakan Nazril, sehingga ramai pelajar tergamam melihat tingkahlakunya. Nazril tidak mengendahkannya. Sebaliknya berlalu pergi menuju ke perpustakaan. Nazril anggap Sarah main-main.
Kemudian Aidil mahu berjumpa dengan Sarah untuk bertanyakan perihal isi surat tersebut. Namun, Sarah bagi syarat. Nazril mesti ada sama. Jadi, berjumpalah mereka bertiga di sebuah restoran. Nazril terkejut bila Sarah ikut serta dalam perjumpaan tersebut.
Ketika Aidil ke tandas, sekali lagi Sarah meluahkan perasaan terhadap Nazril. Namun, Nazril tetap menolak. Ketika Aidil datang, tiba-tiba mereka senyap. Aidil kehairanan dan sempat bertanya, mereka seperti dah lama kenal. Tapi, masing-masing terdiam.
Bila Aidil tanyakan mengenai surat, Sarah ok kan sahaja. Padahal, dia tak baca pun lagi isi surat tersebut.
Baca Juga : Sinopsis Episod 1 Rindu Awak Separuh Nyawa
Hari berikutnya, sekali lagi Sarah cuba mendapatkan Nazril. Pagi-pagi lagi dia dah menunggu di parkir kolej. Sebaik sahaja nampak Nazril. Cepat-cepat dia dapatkan Nazril. Sama seperti sebelumnya, Nazril layan Sarah acuh tak acuh. Sarah tetap tak berputus asa. Malah, Sarah tahu serba serbi berkaitan latar belakang Nazril. Nazril jadi pelik namun tetap tak percayakan Sarah dan masih bersikap dingin terhadap Sarah. Dia tergamam bila Sarah memanggilnya sayang... Apakah reaksi Nazril? Kena tunggu next episod okeh!
Bersambung...
#MegadramaAstroRia
#RASN
3 Comments
alamak x tau nak komen apa sbb x dapat nak tgk..huuuwaaaa
ReplyDeleteTunggu habis dululah baru layan, baru syokkkk hehehe
ReplyDeletestill tggu habis baru nak layan hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.