Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Episod 1 Rindu Awak Separuh Nyawa | Memandangkan ramai yang reviews kata novel RASN best, so semalam sempat jugak layan dramanya bersama encik suami... Walaupun tak minat lakonan Uqasha, atleast ada watak lain seperti Marsha dan Noreen Iman... Jadi tarikan.
Untuk first episode...
Sumber : YouTube Astro Gempak
Bermula di kampus universiti, Kasih Maisarah (lakonan Uqasha Senrose) sedang keluar dari kampus. Ketika dia hendak menaiki keretanya... Tiba-Tiba muncul seorang lelaki menyapanya, lalu mengajak Maisarah untuk keluar bersama.
Dengan sombongnya, Maisarah menolak ajakan lelaki tersebut. Kemudian, Muncul pulak Qistina (lakonan Noreen Iman) lalu masuk ke dalam keretanya. Mereka keluar dari kampus dengan had pemanduan yang laju . Qistina takut, namun Maisarah tidak memperdulikannya.
Baca Juga : Sinopsis Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Sepanjang perjalanan, Maisarah flashback kisahnya bertengkar dengan Dato Raqib (lakonan Khairil Anwar Aman) iaitu ayahnya. Mereka bertengkar tentang pertunangannya dengan Aidil (lakonan Fizo Omar) iaitu anak Dato Halim (lakonan Rahim Jailani). Kenapa Maisarah sanggup memutuskan tali pertunangannya dengan Aidil.
Maisarah masih marahkan ayahnya. Dia menganggap kematian ibunya adalah disebabkan oleh kesibukkan ayahnya dengan kerja sehingga mengabaikan ibunya. Dia sengaja untuk memalukan ayahnya dengan memutuskan pertunangannya dengan Aidil.
Keretanya masih dipandu laju. Tiba-tiba di selekoh jalan, Maisarah terlanggar seorang lelaki bermotorsikal. Lelaki tersebut adalah Nazril Nazim (Lakonan Syukri Yahaya). Nazril jatuh dan mengalami kecederaan di bahagian lututnya.
Qistina gelabah. Dia mintak Maisarah turun dari kereta untuk selesaikan masalah tersebut. Maisarah enggan keluar, konon-kononnya dia takutkan darah. Bila Turun dari kereta, dia marah-marahkan Nazril. Kononnya, Nazril cuba nak paw duit dia. Disebabkan kata-kata Maisarah, Nazril turut menasihati Maisarah tentang adab sebagai orang Melayu. Dek kerana kata-kata Nazril, Maisarah naik angin. Namun, Nazril berlalu pergi.
Kerana marahkan Nazril, Maisarah update status di IG. Kawan sebilik Nazril menyedarinya lalu bertanyakan kepada Nazril apa yang dah berlaku sebenarnya. Tapi, Nazril berdiam tanpa sebarang kata.
Kemudian...Di bilik Maisarah dan Qistina sedang bercerita. Sarah tak habis-habis mengutuk Qistina. Tiba-tiba, datang pulak roommate Sarah iaitu Nurul Huda (lakonan Marsha Milan). Seorang perempuan yang sangat polos dan ala-ala ustazah. Maisarah tidak menyukai Nurul Huda. Bila bercakap ada sahaja yang tak kena.
Di sisi lain pulak...
Ketika tengah baring di atas katil, Tiba-tiba Nazril teringatkan amanah Aidil supaya menolongnya menyampaikan satu surat kepada Kasih Maisarah Dato Raqib. Siapa dia? Lalu Nazril menghantar mesej ke satu nombor yang Aidil berikan. Mereka mengatur temujanji. Maisarah nak Nazril pakai baju purple pink.
Bila berjumpa... Masing-masing terkejut dan episod 1 berakhir di situ.
Bersambung...
Pendapat Peribadi Tentang #RASN Episod 1
Pertama, first episod seperti biasa kita diperlihatkan dengan pengenalan kepada watak dan karektor pelakon.
Dah nampak dah watak Kasih Maisarah macam mana. Sangat sombong dan bongkak. Tapi still ada yang nak berkawan dengan dia. Walaupun di maki, di herdik... Watak Qistina masih boleh berkawan dengan Maisarah. Yes! Tak mustahil dalam dunia realiti sebegitu. Kaki mengampu.
Tapi, dalam kes Qistina ni kan. Kalau lah dia ikhlas berkawan dengan Maisarah dan bukan sahaja nak menumpang duit Maisarah... Then, tak kisah dengan semua herdikan tu... Memang solute la. Kan? Boleh tahan dengan mulut kawan yang macam tu. Siap 'bodoh' kan engkau lagi. Kalau Fiza, memang taklah nak berkawan dengan orang macam tu... Biarpun miskin, asalkan maruah kita tak dipijak-pijak. Haha... Emolah pulak!
Apa-apa pun, suka sangat dengan kemunculan watak Nurul Huda dan Nazril. Dua watak yang tak habis-habis mengenakan Maisarah dengan hanya tutur kata yang berkias. Ambik kau! Siapa makan cili, dialah yang terasa pedas. Haha...
#MegadramaTerbaru
#RinduAwakSeparuhNyawa
#RASN
4 Comments
alamakkk baca sinopsis mcm best...
ReplyDeleteni kat astro ke???
Ha'ah Kak Ret. Ramai yang kata novel rindu Awak Separuh Nyawa ni best. Tu yang Fiza layan.
DeleteDi Astro Ria, Slot Megadrama Jam 10 malam. Setiap Isnin hingga Khamis. 🙂
ni cita yg uqasha blonde tu kan ?
ReplyDeleteHa'ah. Tapi sampai episod 2 je rambut dia gitu. Lepas tu dia ubah gara² nak pikat Nazril.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.