Assalamualaikum.
Selamat Petang.

Minggu akhir aku yang kau gelar isteri | Siapa layan #akuyangkaugelaristeri, kita geng. Esok dah episod akhir dah untuk drama ni. Tak silap, drama yang bakal menggantikannya adalah drama Camelia yang mana pernah disiarkan pada tahun lepas. Kiranya drama ulang siarlah.

Actually Fiza layan macam chipsmore je cerita ni. Part seram, Fiza akan mute sound tv. Haha... 

Walaupun takut-takut nak tonton, akhirnya sampai episod 14 jugak Fiza layan.  Walaupun tak suka lakonan Sharifah Sakinah yang bawa watak Laila dalam drama ni. Tapi, Fiza layan jugak sebab jalan ceritanya yang menarik.


Tak mustahil kan, zaman moden sekarang ni pun ada orang yang masih sanggup sihirkan orang lain demi kepentingan sendiri. Betul tak? Nama pun manusia. Rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain.

Samarinda tv3

Dalam episod 14.

Izlan mengetahui segala perbuatan Laila. Dia sangat marah pada Laila lalu melafazkan cerai talak 3. Part ni, memang Fiza geram. Suka sangat bila tengok Izlan tampar Laila. Ambik kau!

Walaubagaimana pun, Laila cuba memujuk Izlan kerana dia sangat mencintainya. Dia melakukan semuanya itu jugak kerana dendam. Suatu ketika dulu, Izlan pernah menghina dia, malah pernah jugak melepaskan nafsu kepada Laila di dalam khemah. Agak terkejut jugaklah bila Laila flashback part tu. Tak sangka pulak Izlan berperangai buruk dalam drama ni. Kan? 

Walaupun terkejut. Yeah! Tak dinafikan, orang yang nampak baik pun kekadang lagi buruk perangainya. Kan! Part flashback tu... Sian pulak pada Laila.

Mak long dia pulak.

Si Embun kemain, siap melepaskan nafsu dengan dua jantan dalam episod ni. Hebat sungguh ilmu dia haihh! Tak sabar nak tengok episod akhir malam esok. Nak tengok apa yang terjadi kat dia. Adakah watak dia berakhir begitu je, atau ada scene yang mematikan watak tersebut?

Then...

Nak tahu jugak, adakah si Pian akan ceraikan Rai. Yelah! Walaupun terpaksa berkahwin dengan Rai, dia jugak mulai ada rasa cinta pada Rai. Ah! Sudah... Korang rasa? 

Tapi, Rai masih sayangkan Izlan. Hurmmm... Susah jugak nak predicted last episod kan. Yelah! Pian berhak untuk tidak menceraikan Rai. Talak di tangan dia.

Jangan pulak, akhirnya nanti... Izlan terkena santau maut. Akhirnya... Cerita tamat macam tu je. Tapi, jarangla drama melayu penyudahnya sedih. Selalu happy ending je. Tak taula kalau pengarah nak buat penamatnya tergantung, then ada Aku Yang kau Gelar Isteri 2 pulak. 🤣😂🤭

Korang layan tak drama ni?

#slotsamarindatv3
#akuyangkaugelaristeri