Assalamualaikum.
Selamat Petang.
Selamat Petang.
Info Dan Sinopsis My Future Husband | Nantikan tayangan telefilem 'My Future Husband' lakonan Mira Filzah dan Sean Lee pada malam esok... Sabtu, 20 Mac 2021, jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.
Sinopsis Telefilem My Future Husband
Tadi, sempat jugakla tengok tayangan perdana telefilem ni. Apa yang dapat Fiza simpulkan, Telefilem ni mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Emily, lakonan Mira Filzah. Emily merupakan seorang wanita yang bekerjaya dan dalam masa yang sama bercinta dengan Noh, lakonan Malek Mccrone.Walaupun mereka dah bercinta selama 7 tahun. Ibu Emily tetap tidak merestui perhubungan mereka. Suatu malam, Emily mengajak ibunya makan malam bersama Noh. Ibu Emily tak suka dan menyebabkan mereka bertengkar.
Ketika balik... Di suatu tempat, Emily menangis dan tiba-tiba muncul seorang perempuan tua lakonan Rozita Che Wan. Perempuan tua tersebut telah menasihati Emily dan telah memberikan Emily jam pasir kaca.
Emily balik dan tertidur di sofa sambil memegang jam pasir kaca tersebut. Keesokannya, muncul pulak seorang lelaki bernama Atta ( lakonan Sean Lee ) yang sedang memasak di dapur.
Emily terkejut lalu menghalau lelaki tersebut. Namun, lelaki tersebut tetap mengaku yang dirinya adalah suami Emily dari masa depan. Emily tetap jugak menghalau Atta. Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah ia hanya mainan tidur Emily atau rancangan yang ibu Emily buat?
Hah! Macam best je kan... Ada unsur suspen pulak dah. Sepertinya telefilem ni lebih kepada fantasy rom-com telemovie.
Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu masa tayangannya malam esok untuk mengetahui apakah kisah sebenarnya. Adakah Atta itu memang wujud atau sekadar mimpi si Emily?
Okeh! Berikut info secara ringkasan untuk telefilem My Future Husband.
JUDUL : MY FUTURE HUSBAND
WAKTU SIARAN : Sabtu, 20 Mac 2021, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra dan Citra HD
PENGARAH : Faizal Nadxaman
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Sean Lee, Amy Mastura, Malek Mccrone, Rozita Che Wan dan Nelissa Nizam
#TelefilemAstroCitra
#MyFutureHusband
8 Comments
wah best pulaa cerita ni . esok kann ^^ okay nak set reminder hihihi
ReplyDeleteTu la, tengok tayangan perdana drama ni semalam macam best. Nak tahu ending dia. Siapa Atta tu? Macam Mana dia boleh wujud?
Deleteok set. malam esok nonton cerita ni
ReplyDeleteIn Shaa Allah. Fiza pun nak tengok jugak telefilem ni malam ni.
DeleteNak tengok tapi MF pulak berlakon hahaha
ReplyDeleteTiqah tak minat Mira Filzah ek. 🤭
Deletemacam menarik tapi xde Astro tak boleh nak tengok lagi
ReplyDeleteTakpe Naniey, nanti akan ada member blogger yang share videonya. Oklah jugak jalan ceritanya. Kalau Atta tu tak wujud, Emily tak kan tahu apakah kesilapan yang dia dah buat. At the same time, dia tak kan tahu yang Noh tu 'buaya darat'.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.