Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Pendapat Tentang Aiskrim La Cremeria Mint Temptation | Kisah petang semalam. Cuaca di luar panas terik. Bila panas, tekak akan tercari-cari benda yang sejuk. Dapat aiskrim, memang bahagia dibuatnya.
Encik suami pulak macam tahu-tahu je kehendak isteri dan anak-anak. Balik dari kedai runcit, rupanya terselit sebekas aiskrim La Cremeria di dalam bungkusan barang dapur. Bila aiskrim ada, roti burger pun confirm! Ada.
Harga Aiskrim La Cremeria Mint Temptation 1 Pint 750ml
Cukuplah untuk menu minum petang kami. Actually, encik suami beli yang dalam bekas 750ml. Kalau kat tempat Fiza, ianya dijual dengan harga RM14. Tapi, di tempat lain ianya dijual dengan harga RM13.50. lebih kurangla tu kan. Bergantung kepada tempat.
Pandangan Peribadi
Pertama sekali kita lihat pada packaging aiskrim tersebut. Pada Fiza ianya sangat bagus dan selamat kerana penutupnya jenis ketat. Kemudian, gambaran luar produk pun menarik. Macam sedap! Bila sekali pandang.
Dari segi harga pulak, Fiza rasa berpatutan sebab aiskrim dalam tu pun banyak. Kalau makan sorang memang tak boleh nak habiskan. Tapi, tak taula kalau yang sejenis penggemar tegar aiskrim. Bolehla kot habiskan. 🤭
Dari segi rasa pulak.
Seriously, Teksturnya yang halus dengan tambahan coklat cips di dalamnya membuatkan ia tersangatlah sedap. Lebih sedap dari La Cremeria peanut butter okeh!. Tapi still tak boleh lawan aiskrim Musang King punya rasa. Itu based on anak tekak Fizalah ye.
Kombinasi coklat mint yang padu kaw-kaw, Makan pulak dengan roti burger. Sedapppp sangat! Allahu Akhbar. Tapi, boleh makan sekali sekala je ok! Makan selalu sangat tak elok. Cukuplah sekali sekala.
Korang dah rasa belum aiskrim ni? Kalau belum, tryla. Haha... Ayat memaksa sungguh, padahal bukan reviews bebayar pun. Kalau nak beli... Aiskrim ni boleh didapati di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai runcit berdekatan dengan korang.
Baca Juga :
Sekian, cerita aiskrim dari Fiza. Dah macam entri wajib pulak Fiza tengok. Setiap bulan, mesti ada satu entri reviews aiskrim.
Hurmmm... Nak buat macam mana. Anak-anak teringin punya pasal. Layan kan jelah. Lagipun, bukannya setiap hari. Tapi sekali dalam sebulan. Tu pun kalau dorang mintak.
#LaCremeriaMintTemptation
#AiskrimNestle
16 Comments
Ya allah terliur pulak tengok time puasa ni hahaha, haritu ada nampak dah sorang blogger review aiskrim ni. Nanti boleh lah try, beli mint coklat baru ramai tak mintak sebab ramai tak minat hahaha :D
ReplyDeleteAlahai! Sian pulak akak kat Tiqah. Takpe, berbuka nanti try cari. Confirm Suka. Hehehe....
DeleteMenghasut sungguh. 🤭
mint sedap eh? x berapa suka sgt eskrem mint.. kak ret prefer vanilla... la cremia ada vanila x eh?
ReplyDeleteSedap kak. 🙂
DeleteAda je perisa vanila Kak Ret. La Cremeria Vanilla Cashew. Dalam dia ada kekacang.
haa canteekkk!! ok nanti nak cari la perisa vanilla ni...
Deleteok jap test komen ni hhaha
ok komen fizah still ada yg mesej robot tu..
Deletesetting fiza dah off kan jgk ke catcha tu?
Dah lama Fiza off kan, Kak. 🙂
Deleteok k ret test lagi hahaha... browser cookies pun k ret br clear kan... ni yg pening klu buta IT ni hahahha
DeleteMasih Ada lagi Tak Kak?
DeleteSedapnya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap sis. Hehe...
DeleteTak pernah lagi cuba makan aiskrim dengan roti burger.
ReplyDeleteO yeke Jannah. Akak Suka makan aiskrim dengan roti. Sedap. 🤣🤭
Deletewahhhh! terliuqqq nadyya nii.. makan pulak ngn roti burger..fuhhhh
ReplyDeleteSedap Nadyya. 🙂🤣
Deletedessert wajib dlm peti ais :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.